Artikel

Karnival Buku Online Bookcafe : Penghantaran Percuma Seluruh Negara

oleh Helmi pada 21 Nov 2012

Karnival Buku Online

PTS Bookcafe Sdn Bhd dengan sukacitanya ingin menjemput tuan dan puan secara eksklusif ke Karnival Buku Online Bookcafe yang akan berlangsung dari 20 hingga 30 November 2012.

Terdapat pelbagai promosi menarik yang pastinya tidak mahu dilepaskan oleh tuan dan puan.

 

Seronoknya Cuti! ZOOM@PTS - Menangi buku PTS bernilai RM10,000 dan Nexus 7

Pertandingan ini memerlukan pembaca buku PTS untuk membeli buku PTS yang dipromosikan, ambil gambar bersama dengannya dan kemudian menghantar penyertaan di suka.pts.com.my. Pertandingan ini menawarkan hadiah buku PTS bernilai RM10,000 dan 3 gadget Nexus 7 untuk dimenangi oleh peserta yang menghantar gambar paling kreatif dan menarik.

 

#PrayForGaza - Diskaun 20% untuk buku terpilih berkaitan Palestin & Israel

Gaza diserang lagi. Sebagai satu usaha untuk memahamkan situasi ini secara ilmiah, PTS menerbitkan pelbagai buku yang mendedahkan sejarah dan kejahatan negara haram Israel terhadap Palestin. Kami berharap buku-buku ini dapat memberikan gambaran berkenaan masalah yang dihadapi dan dapat diambil pengajaran oleh pembaca yang berada di Malaysia.

 

Budget Corner - Diskaun sehingga 40% untuk buku terpilih

Budget Corner ialah kategori bagi buku-buku yang dipulangkan kepada PTS atas sebab-sebab seperti calar, comot, atau tidak berada dalam keadaan baru. Buku dalam kategori ini berada dalam keadaan baik dari segi kandungan, jumlah mukasurat, dan tidak mempunyai kesan koyakan yang menjejaskan pembacaan. Buku dalam kategori ini ditawarkan pada harga yang jauh lebih rendah daripada biasa atas sebab-sebab tadi dan dikategorikan kepada 3 keadaan.

Gred A : Keadaan buku mempunyai kesan yang comot yang sangat sedikit. Diskaun untuk gred A ialah antara 25 - 30%.

Gred B : Keadaan buku mempunyai kesan comot, dan calar yang sedikit. Diskaun untuk gred B ialah antara 30 - 35%.

Gred C : Keadaan buku mempunyai samada kesan comot, calar & tidak dalam keadaan baru. Diskaun untuk gred C ialah antara 35 - 40%.

 

Penghantaran Percuma Seluruh Negara

Penghantaran percuma diberikan kepada pembelian berdasarkan syarat berikut.

Pembelian RM25 ke atas bagi semenanjung Malaysia

Pembelian RM100 ke atas bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024