Artikel

Karnival ForTeen Dekatkan Komik-M dengan Rakan Masjid

oleh Roziyah pada 26 Jan 2011

Berita baik kepada peminat komik sekitar Ampang. Tuan dan puan dapat bertemu dengan pekomik hebat daripada Komik-M menerusi Karnival ForTeen yang diadakan di Masjid Bukit Indah, Ampang.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada remaja antaranya seperti bengkel menghasilkan blog, bengkel menghasilkan T-Shirt, bengkel photografi termasuk bengkel penulisan dan penghasilan komik.

“Bengkel yang dianjurkan ini bertujuan memberi latihan kepada remaja dalam membina kerjaya,” jelas Editor Komik-M, Tuan Aliff Firdaus Azis.

Beliau berkata, Komik-M turut terlibat dalam memberi latihan kepada remaja yang berminat dalam penghasilan komik bagi menghasilkan komik yang menarik dan terbaik. Lebih menarik, Komik-M membawakan pekomik hebat bagi memeriahkan suasana.

Karnival ForTeen yang diadakan pada 30 Januari ini menjadi langkah bagi mendekatkan remaja kepada suasana masjid sekaligus membawa remaja ke arah positif dengan mendekatkan diri dengan masjid.

Karnival yang pertama kali diadakan di Masjid Bukit Ampang ini akan dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sertai Komik-M dalam Karnival ForTeen yang diadakan di Masjid Bukit Indah, Ampang pada 30 Januari ini dalam usaha mendekatkan remaja kepada masjid dan menjadikan remaja sebagai pembangun masjid.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024