Artikel

Karnival Pulon Sakan: Booth PTS Jadi Tumpuan

oleh Roziyah pada 27 Jan 2011

Karnival Pulon Sakan anjuran Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), Lumut, Perak mendekatkan lagi buku-buku terbitan PTS dengan pembaca di sekitar utara semenanjung Malaysia.

Karnival yang bermula dari 24 Januari hingga 28 Januari 2011 ini memberi peluang kepada penduduk sekitar Lumut bagi mendapatkan buku-buku menarik dan terkini terbitan PTS.

Lebih menarik, PTS Bookcafe buat pertama kalinya mengadakan jualan dan pameran mini melalui Karnival Pulon Sakan ini. PTS Bookcafe juga menerima limpahan pengunjung yang hadir bagi medapatkan buku-buku istimewa terbitan PTS.

Karnival Pulon Sakan yang diadakan di perkarangan Mutiara Armada, Lumut Perak ini berlangsung selama lima hari dan dirasmikan oleh Datuk Panglima Markas Bantuan, Datuk Abdul Ghani Osman.

Kepada semua penduduk sekitar Lumut, jangan ketinggalan menyertai Karnival Pulon Sakan bagi mendapatkan buku-buku istimewa terbitan PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025