Artikel
Kedai Berangkai myNEWS.com Membantu Jualan Siri Senangnya Memasak
oleh [email protected] pada 11 Sep 2009
Mengambil petikan dari blog www.universitipts.com menyatakan:
~ Rekod-rekod data jualan dari Jabatan Sales PTS menunjukkan 9 buah judul buku resipi masakan Chef Hanieliza Kamarudin terjual sebanyak 30,317 naskhah hanya dalam tempoh 2 bulan selepas diterbitkan.
~ Dengan kejayaannya itu, Chef Hanieliza memecahkan banyak rekod PTS. Rahsia kejayaan beliau adalah kesanggupan beliau berkorban masa, tenaga dan wang peribadi bagi membantu Jabatan Marketing PTS mempromosi buku-buku beliau itu.
~ Bagi mencetuskan tsunami jualan siri Senangnya Memasak, hanging mobile mempromosi siri itu diperuntukkan untuk 10 outlet Bison, seperti di kawasan LRT, Wangsa Maju, Taman Melati, Terminal Putra, Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Jaya, Pudu, RnR Sungai Buloh, KLCC, dan Giant Kota Damansara. Apabila nampak gambar pada paparan, mohon terus masuk ke outlet yang disenaraikan itu.