Artikel

Kembara Buku, Tuan Sayed Munawar berkunjung ke PTS

oleh Helmi pada 19 Apr 2010

sayed munawarPengacara televisyen, penyelidik dan perunding kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM), Tuan Sayed Munawar berkunjung ke ibu pejabat PTS. Beliau yang terkenal dalam rancangan bual bicara Isu Semasa, Hello on Two, Selamat Pagi Malaysia, Bersama Menteri dan pelbagai lagi rancangan di RTM. Kali ini, Tuan Sayed Munawar berkunjung ke PTS untuk sesi rakaman rancangan terbaru iaitu Kembara Buku.

Kembara Buku ialah rancangan dokumentari yang berkonsep travelog. Rancangan ini menyiarkan kehidupan dan warna-warni di sebalik dunia perbukuan. Kembara Buku adalah rancangan terbitan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang bakal bersiaran di RTM. Selain PTS, Tuan Sayed Munawar dan krew rancangan sudah menjelajah dan selesai membuat rakaman di empat buah negara termasuk Arab Saudi, Indonesia dan Mesir. Seterusnya melebarkan sayap ke negara-negara lain.

Ketika kunjungan ini, Tuan Sayed Munawar menemuramah Tuan Arief Hakim Sani, Pengarah Urusan PTS berkenaan latar belakang Kumpulan Syarikat PTS, aktiviti semasa dan terkini di rumah penerbitan dan masa depan industri buku dalam negara. Kunjungan Tuan Sayed Munawar dan krew disambut ringkas penuh mesra. Kami mendoakan semoga Tuan Sayed Munawar dan krew terus berjaya memartabatkan dunia perbukuan Malaysia ke mata dunia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025