Artikel
Kempen Kilat Menghujankan Jualan Buku Agama
oleh [email protected] pada 07 Apr 2010
Memahami kehendak pekedai buku tradisional yang selesa dengan cara tradisional dan berminda pak haji, Jabatan Pemasaran PTS memperkenalkan kempen kilat bagi membantu meningkatkan jualan buku di kedai mereka. Mereka pasti berasa gembira apabila PTS juga menyokong mereka dengan melancarkan kempen seperti itu.
Puan Nor Hazizam Abdul Rahman, Pengurus Jabatan Pemasaran PTS berkata. “Sepanjang bulan April ini jabatan beliau melancarkan kempen kilat yang khusus ditalakan kepada pemilik kedai-kedai tradisional di seluruh negara. Kempen ini menggalakkan kedai-kedai itu supaya memesan judul-judul buku agama terbitan PTS dengan lebih banyak daripada pesanan biasa.”
PTS membeli ruangan iklan dalam akhbar Harakah pada setiap hari Jumaat sepanjang April. Selain daripada itu, PTS juga mencetak poster A3 dan flyers sebagai material sampingan untuk kegunaan kedai-kedai yang berminat.
Judul-judul buku yang akan ditampilkan dalam iklan Harakah itu adalah:
1. Kamus Al-Quran
2. Alexander adalah Zulkarnain
3. Yakjuj dan Makjuj
4. Dahsyatnya Doa Ibu
5. Jejak Bisnes Rasul
6. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
7. Cinta Aisyah di Hati Rasulullah
8. Biografi Muhammad bin Abdullah
9. Magnet Rezeki dengan Solat Duha
10. Pesona Solat Tahajud
11. Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah
12. Dahsyatnya Qiamullai