Artikel

Semarakkan Cinta Kepada Rasulullah S.A.W: Karnival Cinta Muhammad

oleh Asmaa Nabilah Abd Rashid pada 08 Jan 2014

Bertepatan dengan kedatangan hari Maulidur Rasul, PTS Media Group Sdn. Bhd sekali lagi menganjurkan program perkongsian ilmu yang dinamakan “Karnival Cinta Muhammad”.

Program ini akan diadakan di Masjid Bukit Indah, Ampang dan dijalankan dengan jalinan usahasama pihak masjid.

Karnival Cinta Muhammad berlangsung selama tiga hari, bermula dari 10 hingga 12 Januari 2014.

Program ini akan dijalankan bermula pada jam 8 pagi hingga 10 malam dan disertakan dengan pelbagai pengisian menarik untuk orang ramai.

Antara slot program bermanfaat yang boleh menjadi santapan rohani adalah kuliah, bacaan mathurat, wacana perdana, dan forum perdana.

Selain itu, karnival ini turut mendedahkan golongan wanita dengan bengkel membesarkan anak hebat dengan susu ibu, demo masakan, sesi ramah mesra bersama penulis Ain Maisarah, serta tidak ketinggalan aktiviti sukan untuk remaja seperti futsal dan kelas memanah.

Setiap pengisian program yang bermanfaat  akan menampilkan tetamu jemputan istimewa seperti Dr. Danial Zainal Abidin, Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi, Ustaz Haslin Bollywood, Irma Hasmie dan ramai lagi.

Penampilan tetamu khas ini mampu menarik orang ramai untuk hadir ke program Karnival Cinta Muhammad bagi mendengar sesi perkongsian ilmu.

Bagi mereka yang hadir ke program ini, pasti tidak ketinggalan untuk mendapatkan bahan bacaan terbaik PTS disamping menikmati potongan diskaun sebanyak 10% hingga 30% bagi setiap pembelian buku.

Justeru itu, program Karnival Cinta Muhammad sebegini mampu menyemarakkan rasa cinta kita kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan sekaligus dapat mendidik diri untuk terus mengamalkan gaya hidup Rasulullah dalam kehidupan seharian.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024