Artikel

Kempen Anak Muda Beraya 2023

oleh Maisarah Hanim pada 18 Apr 2023

Bulan Ramadan sudah hampir ke penghujung dan lagu-lagu raya sudah mula berkumandang di corong-corong radio serta televisyen. Yang tua dan yang muda, masing-masing tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman untuk berkumpul dengan sanak-saudara.

Dan yang paling gembira sudah tentulah anak-anak kecil. Baju raya, kasut raya, tudung raya, songkok raya adalah antara perkara yang tidak boleh tidak ada bila hari raya menjelang. Semuanya serba baru. Kebanyakan persiapan tersebut telah disediakan pada awal bulan Ramadan lagi, malah ada yang sudah membeli sebelum Ramadan tiba. Hanya duit raya yang akan diberikan pada hari raya nanti.

Pagi raya, telah menjadi amalan untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Dan anak-anak kecil ini amat menantikan detik ini kerana selesai bersalam-salaman, mereka akan mendapat duit raya. Belum masuk tengahari lagi, poket mereka sudah tentu akan dipenuhi sampul duit raya. Suasana begitu meriah dengan senyuman kegembiraan dan gelak ketawa seisi keluarga.

Di sinilah ibu bapa harus memainkan peranan untuk memastikan anak-anak tidak ‘membakar’ duit mereka dengan membeli barangan sia-sia. Duit raya yang mereka perolehi harus dimanfaatkan sebaik mungkin. Mungkin separuh boleh disimpan di dalam bank untuk kegunaan masa hadapan, bakinya boleh membeli barangan impian anak-anak. Contohnya, membeli buku yang anak-anak sukai.

Anak Muda Beraya
Anak Muda Beraya

Ibu bapa boleh membawa anak-anak beraya di kedai buku. Biarkan mereka memilih sendiri buku kegemaran. Antara buku yang sering menjadi pilihan anak-anak kecil ini adalah Penerbit-X, Bookiut, Komik-M dan PTS.Jr. Hal ini kerana kebanyakan buku ini mereka telah baca di perpustakaan dan ingin mempunyai koleksi juga di rumah.

Justeru, sempena hari raya ini, PTS bawakan kempen Anak Muda Beraya. Untuk kempen ini, para pembaca berpeluang untuk mendapatkan magnet karakter Komik-M dan Bookiut eksklusif bagi setiap pembelian 2 buku promosi. Jadi, jangan lupa untuk bawa anak-anak anda beraya ke kedai-kedai buku berdekatan dan kumpulkan 2 magnet istimewa tersebut.

 magnet karakter Bookiut dan Komik-M
Magnet karakter Bookiut dan Komik-M

Selamat Hari Raya!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024