Artikel

PTS Book Truck Kini Berwajah Baharu

oleh Nur Nilam Sari Aimi Sham pada 14 Apr 2023

Siapa sangka, PTS Book Truck yang sebelum ini sering menjadi pilihan pelajar-pelajar sekolah di seluruh Malaysia, kini tampil dengan wajah baharu yang lebih menarik dan menyegarkan. Geng Buku PTS telah dijenamakan semula kepada PTS Book Truck pada tahun 2023 dan tampil lebih bersemangat untuk membawa keseronokan membaca buku kepada para pelajar.

Sepanjang bulan Ramadan tahun 2023 ini sahaja, PTS Book Truck telah dan akan terjah ke tujuh buah sekolah, termasuk Sekolah Rendah Islam Integrasi Bestari, SK Saujana Impian, SK Nilai Impian, SK Seksyen 18 Shah Alam, SK (2) Sultan Alam Shah, SMK Bandar Puchong Jaya (B) dan SMK Taman Desa 2 Rawang.

PTS Book Truck buat masa ini hanya berkunjung ke sekolah-sekolah di Selangor dan Lembah Klang sahaja. PTS Book Truck menjadi pilihan cikgu-cikgu sebagai sebahagian aktiviti untuk program galakan membaca (NILAM) di sekolah-sekolah mereka.

Di samping itu, PTS Book Truck juga bersedia untuk datang menerjah ke sekolah-sekolah rendah dan menengah untuk memeriahkan suasana seperti ketika sambutan Minggu Nilam, Hari Kantin, bahkan pada hari persekolahan biasa.

Keterujaan dan kegembiraan pelajar membelek dan memilih buku bersama kawan-kawan di kedai buku bergerak adalah perkara yang tidak dapat dilihat setiap hari. Inilah tarikan PTS Book Truck, selain menjadi sumber bahan bacaan dengan harga yang mampu milik, PTS Book Truck juga membuatkan semangat para pelajar ingin membaca buku berkobar-kobar!

PTS Book Truck membawa lebih daripada 300 tajuk buku yang berkualiti tinggi yang mampu membuatkan para pelajar dan guru rambang mata dengan pilihan yang ada. Inilah masa yang sesuai untuk para pelajar merebut peluang untuk memiliki dan melengkapkan koleksi buku mereka.

Buku-buku berkualiti keluaran PTS dan imprin seperti Penerbit-X, Komik-M, Bookiut dan PTS Junior ini merangkumi pelbagai genre yang pastinya boleh memenuhi minat dan permintaan bukan sahaja pelajar, tetapi guru-guru dan staf sekolah juga.

Rasa teruja dan berminat dengan PTS Book Truck serta tidak mahu ketinggalan membawa keseronokan membaca buku ke sekolah anda? PTS Book Truck mengalu-alukan sekolah-sekolah untuk membuat tempahan dan jemputan permintaan ke sekolah. Cikgu-cikgu boleh hubungi PTS Book Truck di:

Whatsapp : 016-663 8137
Telefon : 03-6188 0316
E-mel : [email protected]

Jangan ketinggalan untuk mengikuti media sosial PTS Book Truck di Instagram, Facebook dan TikTok untuk mengetahui kemas kini terkini dan tempat-tempat yang akan dilawati PTS Book Truck dalam masa terdekat.

Jom baca, jom beli buku, dan jom sokong PTS Book Truck!

Cikgu jemput, kami datang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024