Artikel

Kenapa Belajar Bahasa Tubuh Sangat Penting Untuk ‘Tackle’ Orang?

oleh Asri Yussof pada 22 May 2018

Bahasa Badan salah satu pengetahuan yang perlu setiap orang ambil tahu jika anda adalah seorang pemimpin. Dengan mengetahui bahasa badan seseorang, kita boleh ‘tackle’ orang dengan mudah, dan kita akan selangkah lebih cepat dari orang lain.

Anda boleh tahu apa yang patut anda lakukan seterusnya dengan hanya berjabat tangan. Anda boleh membuat banyak andaian tentang seseorang dengan hanya berjabat tangan dengan mereka. Sesetengah pakar bahasa tubuh percaya, berjabat tangan adalah cara pertama untuk memeriksa sama ada orang dihadapan kita itu mempunyai pisau yang menyembunyikan lengannya.

Body language

Baru-baru ini, viral sekping gambar Donald Trump dan beberapa pemimpin dunia ketika ‘Group of 7 summit meeting’. Gambar itu telah dirakam oleh Jesco Denzel, seorang jurugambar kerajaan Jerman dan memuatnaik di instagram Canselor Jerman, Angela Merkel.

Angela Merkel, Trump

Ketegangan dalam gambar tersebut bermaksud untuk menyembunyikan perselisihan antara Trump dengan Angela serta beberapa pemimpin lain mengenai masa depan perjanjian nuklear Iran dan hubungan perdagangan antara Amerika Syarikat dan Eropah.

1. Berjabat tangan 🤝

Setiap negara, cara berjabat tangan adalah berbeza. Di kebanyakan negara di asia, berjabat tangan dengan keras dianggap tidak sopan dan saling bermusuhan. Di Vietnam pula, anda hanya boleh berjabat tangan dengan orang yang sama umur atau sama pangkat dengan anda sahaja.

Di Thailand atau di Jepun, cara berjabat tangan mereka akan ditambah dengan menundukkan pandangan sesama mereka. Dan di banyak negara barat, berjabat tangan akan ditambah dengan mencium pipi.

2. Tanda Ibu Jari 👍

Di negara kita dan kebanyakan negara yang lain, memberi tanda ibu jari bermakna segala-galanya ok, sedap dan best. Tetapi di Jerman, ia mewakili nombor 1. Sebaliknya di Australia, Greece, dan sebahagian Itali, dan Timur Tengah, ia bermakna, “up yours!”

3. Tanda 2 Jari ✌️

Bila bergamba dan ita semua buat V secara amnya bermaksud “damai” atau rujukan nombor 2. Tetapi di negara-negara Komanwel dan beberapa tempat lain di seluruh dunia, V bermakna sesuatu yang tidak sesuai untuk perbualan sopan.

Body Language

Di dalam buku The Definitive Book of Body Language Edisi Bahasa Melayu (Edisi Kemas Kini) akan ada lebih banyak dan secara terperinci akan mendedahkan tentang bahasa badan kepada kita.

Tahukah anda, sebenarnya 50% - 70% daripada komunikasi yang terjalin datangnya datangnya daripada bahasa badan, bukannya daripada kata-kata yang diucapkan? Sayangnya masih sedikit dalam kalangan kita yang menyedari betapa gerakan fizikal sebenarnya menyampaikan mesej yang tersirat.

Pernah tengok orang di depan kita menggosok hidung apabila bercakap dengan kita tentang sesuatu perkara yang serius? Ada maksud disebalik perbuatan itu yang anda perlu tahu!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2020