Artikel

Kenapa Filem Terminator: Dark Fate Buat Rakaman di Sepanyol? Kisah Di Sebalik Tabir Yang Patut Anda Tahu

oleh Hazim pada 13 Nov 2019

Kalau kita tak baca berita, tentu kita rasa semua latar tempat di dalam filem Terminator yang baru ditayangkan ini dimainkan di bandar Mexico. Tetapi sebenarnya ia dirakam di negara Sepanyol.

Dalam satu temu bual bersama pengarah filem Tim Miller, beliau berkata pasukan produksi filem “Dark Fate” terpaksa melancarkan adegan Mexico di Sepanyol, terutamanya disebabkan oleh ketakutan terhadap keganasan yang boleh berlaku di Mexico kepada kru produksi dan bajet.

Sebelum ini, Carlos Muñoz Portal, seorang kakitangan dari siri Netflix “Narcos” yang ditembak mati di Mexico ketika penggambaran, sebagai alasan kenapa penggambaran filem Terminator: Dark Fate dibuat di Sepanyol.

Kemiskinan di Mexico

Punca dan kesan kemiskinan di Mexico berakar dengan taraf negara miskin dalam pelbagai bidang: infrastruktur yang kurang baik, institusi dan birokrasi yang tidak cekap, dan rasuah. -Sumber

Salah satu babak dalam Terminator Dark Fate yang diambil dari kejadian sebenar ini. Rakyat Mexico menumpang keretapi untuk berhijrah ke Amerika untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik
Salah satu babak dalam Terminator Dark Fate yang diambil daripada kejadian sebenar ini. Rakyat Mexico menumpang keretapi untuk berhijrah ke Amerika untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik

Walaupun kemajuan yang ketara, Mexico masih mempamerkan kemiskinan yang tinggi. Mengikut Tinjauan Ekonomi OECD untuk Amerika Latin 2018, 7 dari setiap 10 orang Mexicans hidup dalam kemiskinan atau kelemahan, sementara 20% penduduk terkaya mendapat 10 kali lebih banyak daripada yang paling miskin 20%.

Kebanyakan rakyat Mexico akan menumpang keretapi secara haram kerana terpaksa untuk berhijrah ke US untuk mendapatkan peluang kerja yang lebih baik.

Kritikan terhadap kemiskinan di Mexico begitu menonjol di dalam filem ini. Ia membuatkan penonton merasa betapa dahsyat hidup di Mexico. Golongan kelas menengah yang bekerja di kilang antara salah satu kritikan yang cuba diberi perhatian. Dan juga berpusu-pusu rakyat Mexico ingin masuk ke US secara haram (kerana terpaksa) untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik.

Women Power

Mari kita beralih kepada watak, kandungan cerita dan dialog-dialog yang sangat terkesan. Ketika The Terminator, filem pertama dalam siri ini yang ditayangkan pada 1984 ia begitu menjadi fenomena. Filem sains fiksyen dengan teknikal yang bermutu tinggi pada tahun tersebut sangat menjadi fenomena.

Dalam filem The Terminator, Terminator (lakonan Arnold Schwarzenegger) mempunyai misi untuk membunuh Sarah Connor (Linda Hamilton) kerana Sarah Connor akan melahirkan zuriat seorang lelaki yang akan menggerakkan pemberontakan melawan Skynet, sebuah syarikat teknologi AI yang dicipta untuk tujuan perang cyber sehingga boleh mempupuskan ketamadunan manusia. Pada tahun 1984, naratif lelaki sebagai pemimpin masa depan yang akan menyelamat tamadun manusia daripada musnah begitu menebal. “Sarah akan melahirkan zuriat lelaki yang akan menyelamatkan dunia.”

Dalam Terminator: Dark Fate, filem ke-6 dalam siri ini ada satu dialog yang sangat terkesan. Ia menggambarkan asimilasi wanita, feminisme kental dan wanita pemimpin masa depan.

“Ianya adalah tentang awak. Bukan zuriat yang bakal awak lahirkan. Awak adalah ketua kami. Awal memimpin gerakan pemberontakan, dari pemberontak kita bina kumpulan askar sendiri, dari kumpulan askar, awak bina semula negara dan menyelamatkan tamadun manusia dari program cybersecurity yang dipanggil Legion”

Penggambaran untuk Terminator: Dark Fate berlaku dari bulan Jun hingga November 2018 di Hungary, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Sebelum penulis skrip diupah, Miller meminta agar sekumpulan penulis novel memberikan idea tentang cara mencipta semula francais untuk siri filem sains fiksyen (sci-fi) Terminator ini.

Antara penulis novel yang dipanggil adalah Joe Abercrombie, Neal Asher, Greg Bear, Warren Ellis, dan Neal Stephenson. Abercrombie mencadangkan idea tentang watak wanita yang separuh manusia dan separuh mesin, membentuk asal-usul Grace. Ciri-ciri mesin manusia sebelum ini dipaparkan dalam Terminator Salvation.

Kini siri Terminator sudah mempunyai 6 filem francais, The Terminator (1984), Terminator 2: Judgment Day (1991), Terminator 3: Rise of the Machines (2003), Terminator Salvation (2009), Terminator Genisys (2015), Terminator: Dark Fate (2019).

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024