Artikel

Khadijah r.a. Bukan 40 Tahun Ketika Bernikah Dengan Rasulullah s.a.w?

oleh Saiful pada 14 Nov 2019

Ada banyak pendapat dalam kajian semula terhadap umur Saidatina Khadijah r.a ketika bernikah dengan Rasulullah sa.w. Adalah betul berumur 40 tahun atau lebih muda daripada itu?

Persoalan yang pertama ditimbulkan apabila kajian mula membuat analisis dan mendapati Khadijah r.a melahirkan empat orang anak semasa usia mudanya sebelum bernikah dengan Rasulullah s.a.w tetapi telah melahirkan tujuh orang anak selepas berumur 40 tahun ketika bersama dengan Rasulullah s.a.w.

Fakta di sebalik kesihatan Rasulullah s.a.w yang luarbiasa. Dibandingkan dengan manusia biasa, Baginda s.a.w dapat disifatkan sebagai tidak pernah sakit. Beli disini

Mengikut ilmu perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk melahirkan anak, biasanya apabila melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh dipercayai bahawa tujuh orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40 tahun?

Isu umur kajian ini menjadi viral di Malaysia bermula tahun 2012 selepas terbitnya satu buku Khadijah Bukan 40 Tahun, yang ditulis oleh Mohd Dzulkhairi Mohd Noor. Penulis buku ini berhujah umur Khadijah r.a 40 tahun ketika bernikah dengan Rasulullah s.a.w adalah palsu.

Bagi penulis, sebab berlakunya dan wujudnya kisah palsu ini kerana ia diriwayatkan di dalam beberapa kitab sejarah yang berkualiti dan popular. Kitab-kitab ini mempunyai maklumat yang sahih tetapi dalam beberapa topik, ia tetap bercampur baur dengan maklumat-maklumat yang palsu. Selain itu wujudnya panglipurlara dan orang berkuasa yang mahu menunjukkan kekuasaan mereka dengan mencipta kisah menunjukkan kekuasaan mereka dan memburukkan musuh dalam catatan-catatan sejarah Islam.

Hidup Dengan Sunnah - ketahui lebih lanjut di sini
Hidup Dengan Sunnah - ketahui lebih lanjut di sini

Buku ini melengkapkan 56 kisah popular, dan salah satunya adalah persoalan terhadap umur Khadijah r.a ketika bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Dalam buku teks pendidikan Islam di sekolah juga, kita dan anak-anak kita sehingga hari ini masih menggunakan hujah yang sama, Khadijah r.a.berumur 40 tahun ketika bernikah dengan Rasulullah s.a.w, dan perkara ini tidak pernah dibuat analisis oleh lembaga yang mengendalikan kandungan buku teks di sekolah-sekolah.

Selain kisah ini, buku ini juga memuatkan hal-hal kontroversi yang lain antaranya; Benarkah Nabi s.a.w sering digangu jiran yang berbangsa Yahudi? Benarkah Nabi s.a.w bergusti dengan Rukanah, Benarkah penduduk Madinah menyambut kedatangan Nabi dengan nasyid? Benarkah perkataan terakhir Nabi ialah Ummati ummati? Benarkah Fatimah bersih dari haid? Benarkah Umar berhijrah ke Mekah secara terang-terangan?. Beberapa perkara ini menarik untuk diteliti dan dibaca.

Buku 200 Tip Keluarga Bahagia Gaya Rasulullah memberi informasi kepada kita tentang bagaimana ingin menjadi bakal pasangan, suami isteri, ibu bapa, anak serta keluarga mengikut panduan Islam dan acuan gaya Rasulullah s.a.w.
Buku 200 Tip Keluarga Bahagia Gaya Rasulullah memberi informasi kepada kita tentang bagaimana ingin menjadi bakal pasangan, suami isteri, ibu bapa, anak serta keluarga mengikut panduan Islam dan acuan gaya Rasulullah s.a.w.

Hafiz Ibn Kathir menulis:

“Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)

Dengan lain perkataan, Baihaqi dan Hakim menyatakan bahawa Saidatina Khadijah r.a. berusia tiga puluh lima tahun pada waktu itu. Bersama-sama dengan itu, mereka juga turut mengatakan bahawa ada pendapat bahawa Khadijah berusia 25 tahun.

Dalam riwayat lain, Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)

Ulama Hadis dan ahli sejarah bersetuju bahawa Khadijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun. Kenyataan ini sekali gus menolak bahawa umur Khadijah ketika bernikah dengan Rasulullah s.a.w adalah 40 tahun. Pendapat yang popular ini adalah tidak benar.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024