Artikel

Ketahui Agenda Tersembunyi: Agenda Politik Syiah

oleh Hairul Faizal Adli Ab Ghani pada 25 Sep 2013

Serangan oleh rejim Basyar berfahaman Syiah ini dilakukan untuk melumpuhkan kumpulan mujahidin yang berfahaman ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dendam kumpulan Syiah terhadap ahli Sunnah Wal Jamaah seolah-olah tidak pernah berkesudahan.

Mereka adalah kumpulan fanatik yang mengagung-agungkan Ali Bin Abi Talib r.a dan tidak mengiktiraf Abu Bakar r.a dan Umar r.a sebagai khalifah.

Dendam dan pertelagahan antara Syiah dan ahli Sunnah Wal Jamaah sejak selepas kewafatan Rasulullah masih berterusan sehingga kini.

Dalam catatan sejarah Islam, Syiah secara umumnya sentiasa menentang pemerintah dan kerajaan Islam.

Sikap menentang ini dilakukan secara terangan-terangan melalui revolusi besar-besaran oleh Syiah Zaidiyah. Namun, puak Syiah Zaidiyah tidak digolongkan sebagai Syiah yang ekstrem.

Mereka tidak mengkafirkan para sahabat Rasulullah dan tidak mengatakan imamnya terpelihara daripada dosa.

Namun, Syiah Imamiyah dan Syiah Ismailiyah yang melakukan penentangan secara rahsia adalah puak Syiah yang ekstrem.

Mereka mengagung-agungkan Ali, mengkafirkan beberapa sahabat Rasulullah, dan pelbagai pertentangan dengan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mereka memilih penentangan secara rahsia dan tidak mendedahkan diri mereka.

Belum ada buku yang membicarakan secara terperinci berkenaan agenda politik puak-puak Syiah ini.

Permusuhan Syiah dengan ahli Sunnah Wal Jamaah sudah terlalu nyata, namun sesama puak Syiah juga mereka tidak bersefahaman.

Mereka berseteru untuk merebut kuasa dengan cara saling mengkafirkan antara satu sama lain.

Adakah semua puak Syiah adalah musuh kita dan perlu kita menentang mereka?

Apakah punca sebenar yang menjadi perpecahan umat Islam dan hingga mengundang tragedi permusuhan yang berdarah ini?

Kenali Syiah supaya kita dapat berlaku adil dengan mereka. Apabila bermusuhan, tidak keterlaluan, dan apabila berkawan, tidak memakan diri sendiri. 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024