Komik-M Menggegar Carrefour

oleh [email protected] pada 25 Sep 2012

comicfair_2012

Kini Komik-M menggegarkan Carrefour. PTS Media Group melalui PTS Edar bekerjasama dengan Pasaraya Carrefour mengadakan Komik-M Fair @ Carrefour 2012. Komik-M Fair @ Carrefour ini sudahpun bermula pada 7 September yang lalu dan berakhir pada 30 September 2012.

Antara cawangan yang menghangatkan Komik-M Fair @ Carrefour 2012 ini adalah Carrefour Wangsa Maju, Ampang, Putrajaya, Kapar, Shah Alam, Batu Pahat, Seberang Perai, dan Kuantan.

Turut dihangatkan lagi dengan aktiviti menarik seperti sesi beramah mesra bersama penulis Komik-M di Carrefour Shah Alam pada 29 September 2012 jam 12.00 hingga 1.00 petang dan sesi autograf. Marilah beramai-ramai ke Pasaraya Carrefour yang berhampiran bagi memeriahkan Komik-M Fair 2012.

Dapatkan seberapa banyak Komik-M kerana kami menjanjikan pengalaman yang luar biasa daripada bahan bacaan Komik-M kami. Sertai kami di Komik-M Fair @ Carrefour 2012 kerana komik kami adalah 100 peratus disyorkan oleh guru-guru di Malaysia.