Artikel

Komik-M Rancang Peraduan Besar Buat Peminat

oleh Roziyah pada 27 Oct 2010

Editor-editor Komik-M kini sedang merancang satu peraduan hebat dan pastinya ditunggu-tunggu oleh semua peminat Komik-M.

Pertandingan yang menjanjikan hadiah-hadiah hebat ini diadakan bagi menghargai peminat komik-M yang tidak putus-putus menyokong usaha Komik-M selama ini.

Menurut Editor Komik-M, Tuan Alif Firdaus Azis, pertandingan yang julung-julung kali diadakan oleh Komik-M ini akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

"Peraduan ini memberi peluang kepada pembaca Komik-M mendapat hadiah dengan cara yang mudah. Ini merupakan penghargaan kami kepada peminat-peminat komik di Malaysia," jelas beliau lagi.

Maklumat peraduan ini akan diumumkan dalam masa terdekat di facebook PTS dan web PTS.

"Sentiasa layari facebook dan web PTS bagi mengetahui perkembangan lanjut pertandingan yang mampu membuatkan tuan dan puan teruja ini," jelas Tuan Alif lagi.

Maklumat lanjut peraduan ini akan dihebahkan di facebook dan portal PTS. Jadilah rakan facebook PTS bagi mendapatkan maklumat peraduan dalam masa yang cepat dan pantas.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025