Artikel
Komik-M Sediakan Lukisan Percuma Buat Peminat
oleh Roziyah pada 16 Dec 2010
Komik-M akan memberikan hadiah istimewa buat peminat-peminat Komik di Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur (PBKKL) 2010 ini.
Peminat komik berpeluang mendapatkan lukisan percuma dengan setiap pembelian komik di PBKKL yang diadakan di PWTC.
Selain mendapatkan lukisan yang menarik secara percuma, peminat komik tempatan juga berpeluang bertemu dengan pelukis-pelukis komik-M pada setiap hari sepanjang PBKKL berlangsung.
Peminat komik-M juga berpeluang beramah mesra dan mendapatkan tandatangan kartunis-kartunis yang hadir.
Lebih menarik, kartunis yang hadir juga berbesar hati menunjukkan demo melukis komik kepada pengunjung yang hadir.
Jangan ketinggalan menyertai PBKKL 2010 yang diadakan pada 22 Disember hingga 26 Disember 2010 yang pastinya membawa kelainan kepada keluarga terutama anak-anak bagi mengisi cuti sekolah ini.