Artikel
Promosi Hebat Buku PTS di Karnival Buku Hasani
oleh Roziyah pada 17 Dec 2010
Sempena cuti sekolah ini, pelbagai aktiviti dan promosi disediakan khas buat peminat-peminat buku di Malaysia.
Pengedar buku yang terkenal di sekitar utara semenanjung, Hasani Edar turut mengambil kesempatan mengadakan promosi sebagai penghargaan kepada peminat-peminat buku.
Bermula hari ini, Hasani Edar mengadakan Karnival Buku Hasani yang pastinya memberikan keterujaan kepada peminat-peminat buku di sekitar utara.
Melalui 4 cawangannya yang terletak di kedah Darul Aman, Hasani Edar memberikan diskaun hebat bagi buku-buku terbitan PTS. Cawangan yang terlibat dengan promosi ini termasuklah Kampung Baru Hasani Books & Stationary, Pekan Baru Hasani Edar Sdn. Bhd, Gurun Hasani Books Enterprise, dan Kulim Landmark Book (Giant).
Peminat-peminat buku kini boleh memiliki buku-buku terbitan PTS dengan 25 peratus diskaun. Selain itu, dengan setiap pembelian RM100 ke atas, pembeli juga layak bagi menyertai peraduan cabutan misteri yang menawarkan hadiah-hadiah menarik.
Jangan ketinggalan mendapatkan buku-buku terbaik keluaran PTS di Karnival Buku Hasani yang diadakan dari 17 Disember 2010 hingga 10 Januari 2011 ini.