Artikel

Komik Sains Informatif: Berwarna-warni dan interaktif

oleh Reading Muslimah pada 14 Sep 2022

Menerbitkan komik sains yang interaktif sebegini perlu diberikan pujian dan ditularkan. Tahniah @pts.jr @bukupts yang selalu terkehadapan mengkaji jenis-jenis bacaan yang sedang lompong dalam sektor perbukuan kanak-kanak di negara kita.

5 perkara menarik tentang cara isi kandungan komik ini dipersembahkan:

1) Padat dengan fakta tetapi tidak meleret. Rasa seperti menonton dokumentari di TV. Bila baca, terasa terikut-ikut cara stesen TV buat alih bahasa tu; “tahukah anda…” 💡

2) Berwarna-warni dan interaktif! Mata anak yang mengantuk pun jadi segar tengok gambar dan tulisan warna-warni yang pelbagai serta ruangan-ruangan petak kecil yang ajak untuk berinteraksi 🌈

3) Nombor muka surat diletakkan di bahagian tengah buku (tempat anak-anak selalu pegang untuk selak). Bukan di bahagian bawah seperti selalunya. Mudah anak-anak nak jawab dan rujuk di halaman mana mereka sedang baca bila parent tanya atau sebaliknya. 📖

4) Pemilihan font yang jelas dan tidak mengelirukan. Ini termasuklah font dalam dialog serta bunyi latar yang ada dalam dialog “woof, woof (bunyi anjing)” contohnya. 🔤

5) Ada gambar sebenar! Jadi anak-anak tidaklah bergantung kepada lakaran atau imej yang dikartunkan sahaja. Tetapi dapat melihat rupa sebenar dari gambar sebenar. 🪳🍄🦮🌳🐊🥀🐎🦜🐳🐘🦗🦟🐞

Sebagai seorang ibu, Kak RM sarankan bawa komik ini bersama bila keluar rumah. Jadikan ia bahan bacaan di dalam kereta supaya anak-anak boleh belajar secara tak langsung bila mereka menimba pengalaman saat beriadah di kawasan perkelahan/taman permainan yang ada banyak flora dan fauna.

Selain itu, komik ini juga boleh dijadikan rujukan untuk sesi trivia random sekiranya sedang menempuh kesesakan jalan raya yang lama. Banyak kotak info yang disediakan dalam komik ini bertindak sebagai kamus bergerak; bantu kita menyampaikan ilmu secara santai dan ‘nampak bijak’ di depan anak-anak 😁🤭😜

View this post on Instagram

A post shared by CHANGING LIVES THRU READING (@readingmuslimah)

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024