Artikel

Kru Paranormal —  persoalan baru timbul, persoalan lama terjawab.

oleh lysareading pada 03 Oct 2022

Blurb: Kembali lagi dengan kisah kehilangan beberapa gadis remaja di daerah Bekok. Konon diculik oleh hantu jarang gigi atau dikenali sebagai bigfoot. Ghazali selaku renjer hutan baharu mengikuti kes-kes yang terjadi. Kejadian bertambah rumit apabila Shukor dan Amri cuba menjadi ‘hero kampung’ dengan mencari mangsa yang hilang di dalam hutan Endau Rompin. Dengan hasrat dapat ganjaran lumayan. Adam yang cacat pendengaran dan buta sebelah mata sudah sehabis baik menghalang mereka untuk tidak membuat kerja gila. Yelah sudah lah baru budak sekolah 🥹 Penemuan tidak disangka berlaku. Shukor terlihat satu kejadian menakutkan dan Amri pula hilang. Sedang heboh dengan kes Amri, kini giliran Adam pula melihat sesuatu yang menggerunkan (yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar) berhampiran seorang pemuda bernama Nazri yang dikatakan kurang siuman.

.
.
Penulis tidak lari dengan naratif seram, thriller dan misteri. Lebih mengasyikkan, buku kali ini memberi lebih banyak gambaran tentang bagaimana permulaan siri ini bermula. Masih lagi mengekalkan konsep: persoalan baru timbul, persoalan lama terjawab. Aku fikir HJG fokus dekat kisah buku lepas tetapi meleset ya. Kita kembali ke ‘past timeline’. Walaupun ada karakter baharu yang muncul, mesti akan ada momen dan karakter yang menarik perhatian aku.

Dan elemen “spooky & thriller” rasa seimbang. Ada adegan thriller walaupun tidak terperinci tetapi aku harap sesiapa yang baca rujuk ‘trigger warning’ ya. Dengan penulis ini memang tidak lari dari plot twist. Ternganga aku bila dapat tahu pasal Nazri dengan Azliza. Itu lagi tidak dijangka 😭 Muncul pula Adam dan Ehsan yang sudah semestinya penambah rencah persoalan aku. Nak tahu kisah Adam lagi nanti! Yang Ehsan itu, siapa yang baca buku SP tahu dia siapa.

Lagi buat aku tertarik bila ada elemen persahabatan. Omoo kita ‘ship’ lah momen Adam, Shukor dan Amri. Walaupun singkat, aku suka dengan jalan cerita mereka ✨ Kesimpulannya, persoalan hantu kepala kambing masih lagi samar-samar tetapi penulis ‘reveal big secret’ sikit dalam kisah kalini. 4.5 bintang!

View this post on Instagram

A post shared by @lysareading

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024