Artikel

Resensi Pilihan Bookiut:Magika Puteri Legenda: Dunia Walinong Sari

oleh ipinsukareading pada 30 Sep 2022

π™ˆπ˜Όπ™‚π™„π™†π˜Ό 𝙋𝙐𝙏𝙀𝙍𝙄 π™‡π˜Όπ™‚π™€π™‰π˜Ώπ˜Ό: πƒπ”ππˆπ€ π–π€π‹πˆππŽππ† π’π€π‘πˆ karya Arif Zulkifli

Bismillah…

Secara ringkas, karya ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Aja. Dia pandai bersilat. Setiap pergerakannya tangkas dan pantas. Dia bukan gadis yang biasa-biasa. Bagi meen, dia luar biasa! Dia bukanlah gadis yang meminta bantuan daripada sang pujangga, tetapi dia ialah seorang gadis yang mempertahankan dirinya dengan ilmu silat yang tersemat kemas dalam jiwanya. Namun, disebalik kuatnya Aja pada silatnya, ada duka yang sedang dia sorokkan di mata manusia. Satu peristiwa terjadi dalam hidup gadis itu, sekali gus memaksa dia untuk menjadi seorang β€œhero” dalam menyelamatkan orang yang tersayang.

BILA MEEN CAKAP MENARIK DENGAN HURUF BESAR MAKSUDNYA MEMANG CERITA NI MENARIK BAGI MEEN.

Ini karya pertama yang Meen baca daripada penulis, Tuan Arif Zulkifli, dan siapa sangka Meen terus jatuh hati dengan karyanya. Sepanjang meen membaca Dunia Walinong Sari, Meen akan buka kamus dewan untuk cari beberapa perkataan yang Meen kurang faham. Tapi ia tidak mengganggu proses pembacaan Meen. Malah, membuatkan Meen semakin teruja untuk meneruskan pembacaan kerana Meen boleh belajar bahasa ibunda sendiri yang indah belaka.

Jalan cerita yang sangat MENARIK. Meen suka sangat!!! Elemen fantasi yang menyaluti 80% karya ini menambahkan rencah keterujaan meen. Bagi meen yang tak berapa minat fantasi Melayu, Meen boleh cakap, buku ini berjaya menambat hati meen. Babak aksi silat dan β€˜portal’ itu… fuh! Meen dapat imagine! Meen sukaaaaaaa 😭 DAN BABAK WALINONG SARI BERSILAT TU AFUHHHH SAYA STAN STRONG WOMAN! πŸ’ͺ🏻 Aja apa kurangnya juga, dia punya silat tu buat meen rasa nak bersilat sekali dalam bilik.

TAPI THE ENDING BUAT SAYA TERCENGANG LALU TERBUNTANG YA. SAYA NAK MAGIKA PUTERI LAGENDA YANG KEDUA ASAP 😀 jkjk. Take your time penulis!

Overall, saya sangat cinta, love, saranghae karya ini ya. Lurveee the legenda Melayu! πŸ™ˆ Tak sabar nak tunggu yang kedua punya sebab… cerita ni boleh tahan tense jugak ya bagi meen and Busu Melur, saya cium bau yang tidakenak daripada karakter ini 😌

Apa apa pun, please guys… give a shot for this one. Pleaseee!

rate: 9.99/10 🌟

View this post on Instagram

A post shared by Meen (@ipinsukareading)

Hakcipta Terpelihara β€’ PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) Β© 2000 - 2024