Artikel

Temui Ain Maisarah Siaran langsung di TV1 dan TV3

oleh Roziyah pada 12 Jan 2011

Penulis buku remaja popular, Puan Ain Maisarah akan menemui peminatnya dalam rancangan bual bicara terkemuka, di TV1 dan TV3.

Beliau yang popular dengan novel Aku Mahu... akan bertemu peminat dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TV1 pada 13 Januari (esok) bermula jam 8 pagi.

Selain itu, beliau juga dijemput dalam rancangan bual bicara, Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiarkan di TV3 pada 14 Januari 2011, jam 8 pagi.

Puan Ain Maisarah yang menjadi penulis kegemaran remaja di Malaysia akan berbicara mengenai dunia penulisan yang melonjakkan nama beliau sehingga menjadi penulis yang terkenal dan menjadi idola remaja kini.

Jangan ketinggalan bersama Puan Ain Maisarah yang bersiaran dalam SPM pada 13 Januari ini di TV1 dan MHI pada 14 Januari ini di TV3.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025