Artikel
Ucapan Lebaran Daripada Zamri Mohamad
oleh [email protected] pada 18 Sep 2009
Salam aidilfitri kepada semua pembaca buku keluaran PTS khususnya mereka yang terus menerus memberi sokongan membaca buku hasil tulisan saya sejak tahun 2006.
Menjelang Syawal ini, tanpa apa-apa yang dapat saya tadahkan dengan kedua belah tangan ini sekadar memohon maaf terhadap apa jua perbuatan, kekurangan dan tingkah laku saya sepanjang perkenalan kita sebagai penulis dan sebagai sahabat kepada semua pembaca yang sentiasa diingati, kepada pengedar di seluruh rangkaian kedai buku Malaysia , Singapura, Brunei yang mendukung industri dan kepada pihak media yang memberi sokongan kepada perkembangan buku tempatan.
Saya mengharapkan dengan kemaafan ini, adalah sedikit belas kasih Allah pada saya untuk mendapat rahmatnya.
Semoga dihalalkan apa jua dan sentiasa kita doa mendoakan bertemu di dunia sebagai saudara Muslim yang akrab di hati dan saling dipertemukan dalam kegembiraan di syurga Allah nanti.
Dan jangan lupa dapatkan buku berjudul 30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh yang bakal diterbitkan oleh PTS Millenia tidak lama lagi!. Cipta pengaruh yang luar biasa setiap hari!
Dari mata kita melihat kebaikan
Dari hati kita merasa kejujuran
Dari sentuhan kita sampaikan keikhlasan
Dari lisan kita mendengar doa kasih insan
Salam Aidilfitri
ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com