Artikel

Mantera Mencari Rezeki

oleh Helmi pada 25 Nov 2004

Hei! Gedung!
Aku seru engkau!

Gedung segala harta,
Harta nampak, harta tersembunyi.

Harta berat, harta ringan,
Bukalah pintumu!

Aku masuk dengan doa,
Aku masuk dengan tawakal!

Aku bekerja siang malam,
Aku masuk dengan tulang empat kerat.

Aku masuk dengan usaha,
Dapatlah harta kepadaku.

Biar penuh tempayan yang kosong,
Biar berat uncang yang ringan.

Biar kenyang anak yang lapar,
Biar gembira isteri yang sedih.

Kalau emas biar berbungkal,
Kalau harta biar bertimbang.

Kalau ladang biar menjadi,
Kalau sawah biar berpadi.


Harta yang sedikit biar menjadi banyak,
Yang banyak biar bertimbun-timbun.

Menjadi rezeki yang halal,
Menjadi rezeki yang berkat,
Semuanya datang kepadaku.

Berkata sidi guru aku,
Berkata aku Lailahaillallah….

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024