Artikel
Cinta Manusia atau Cinta Allah?
oleh Afizatul Nurasha pada 31 Oct 2023
Cinta manusia atau cinta Allah?
Ini adalah bebenang mengenai seorang rakyat Malaysia yang berada di bumi Palestin, jadi saya berharap pembaca menghayati cerita ini.
Seorang gadis yang berasal dari Malaysia yang berkhidmat secara sukarela di Palestin. Diuji dengan cinta dari kenalan lamanya Naufal Mustaqim dan ketua Briged Ayyubi iaitu Jeneral Ri’fail Zanki.
Kemudian dirinya diuji apabila ditangkap oleh tentera Zionis yang mendera dirinya beserta dengan niatnya yang jahat untuk menakluki tubuhnya. Tanpa dia sedar, sebenarnya salah seorang dari tentera Yahudi telah jatuh hatinya pada Aima Insyirah dan telah memeluk Islam. Tetapi apabila perkara ini diketahui, tentera tersebut telah didera dan dihukum gantung sampai mati.
Zionis memang dikenali dengan sikap mereka yang kejam dan tiada belas kasihan terhadap masyarakat Islam. Aima juga dikurung bersama anjing yang kelaparan. Namun dirinya tetap berdoa dan menyerahkan segalanya kepada Allah, dirinya selamat.
Walaupun perlu berhadapan dengan pelbagai ujian mulut Aima Insyirah tidak lepas menyebut nama Allah dan tetap berpegang teguh dengan keimanan dihati. Air mata di pipinya menemani setiap waktu.
Tentera zionis yang berniat jahat melepaskan tudung dari kepalanya mengeluarkan kata-kata kasar kepada Aima yang menyatakan “Mana Tuhanmu? Panggil Tuhanmu.Minta Dia lepaskan engkau dari cengkaman aku, panggil lah!” sambil ketawa mengejek dan mengarahkan tentera lain untuk menyebat Aima sebanyak 100 kali. Apabila dirinya dipukul dan didera oleh tentera zionis laknatullah, mulutnya tidak henti menyebut zikrullah.
Melalui ibu Fatimah dia menyampaikan hasrat hatinya untuk menolak cinta Ri’fail dengan cara yang baik dan dirinya bersedia mahu menerima lamaran Naufal iaitu kenalan lamanya jika dirinya selamat.
Disaat hatinya gundah gulana, resah dan ketakutan Aima meratapi bingkai gambar umi dan walidnya. Disaat itulah ingatannya tentang pesanan yang diberikan oleh umi dan walidnya memenuhi segenap ingatan. “Aima rindu pelukan umi dan walid. bantu Aima umi…” Rintihnya seorang diri.
Untuk maklumat buku ini sudah OP (Out of print), bebenang ini sekadar perkongsian dan renungan untuk kita semua. Saya kagum bagi mereka yang pergi ke Palestin demi berjuang bersama mempertahankan Islam.