Artikel

Solidariti Rakyat Malaysia Untuk Palestin

oleh Siti Hajar pada 01 Nov 2023

“Antara Israel dan Palestin, saya memilih untuk tidak berpihak mana-mana negara. Saya pilih neutral.”

Mungkin anda tidak tahu tetapi apa yang berlaku antara Israel dan Palestin sekarang ini bukanlah peperangan tetapi suatu pembunuhan beramai-ramai dan jenayah yang besar. Ini adalah penulisan saya untuk renungan kita bersama.

Pertama sekali, bagaimana kita terutamanya sebagai umat Islam memilih untuk berdiam diri tentang apa yang berlaku terhadap saudara kita?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah akan melaksanakan hajatnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Agama Islam mengajar kita untuk bersatu padu dan sentiasa menolong saudara seIslam kita apatah lagi yang dalam kesusahan. Rakyat Palestin sedang berada dalam kesengsaraan dan kita harus menolong mereka dengan cara kita sendiri.

Kedua, seorang muslim berpihak dengan Israel merupakan suatu penghinaan. Bagaimana Israel boleh memujuk anda bahawa mereka adalah mangsa sedangkan sudah jelas bahawa negara-negara maju dan berkuasa seperti The U.S.A menyokong perbuatan Israel? Jika anda membuat kajian, Palestin tidak mempunyai senjata perang yang canggih seperti Israel dan sudah terang lagi bersuluh bahawa apa yang berlaku adalah berat sebelah. Pihak Zionis pula menjustifikasi serangan mereka ke atas rakyat Palestin dengan alasan mempertahankan diri. Lebih teruk lagi, mereka memberi kenyataan kanak-kanak Palestin layak diserang kerana membaling batu terhadap mereka. Ini merupakan suatu perbuatan yang zalim.

Ketiga, Israel tidak berperikemanusian. Bagaimana anda masih lagi berdiam diri jika anak sekecil hatta baru lahir juga menjadi mangsa kekejaman Israel? Hospital yang dipenuhi dengan pesakit dan kanak-kanak juga menjadi sasaran mereka. Justeru, adakah ini perbuatan sewajarnya bagi negara yang merupakan mangsa perang melakukan sedemikian? Dengan membunuh manusia yang tidak berdosa dengan senjata kimia yang diharamkan oleh seluruh dunia?

Maka tidak layakkah untuk rakyat Palestin bangkit mempertahankan hak mereka di tanah mereka sendiri? Cik Puan PTS menyeru bagi rakyat Malaysia yang memilih untuk neutral atas isu ini, kajilah kenapa rakyat Palestin perlu dibebaskan dan kenapa harus kita berjuang bersama mereka. Sudah tiba masa kita melihat Palestin tersenyum gembira di tanah mereka sendiri dan bukan menangis melarikan diri.

Untuk maklumat buku ini sudah OP (Out of print), penulisan ini sekadar perkongsian untuk renungan kita semua. Teruskan berjuang dengan cara kita sendiri dan semoga Allah merahmati kita semua.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024