Artikel

Menghampiri PBKKL : Persiapan Diatur Penuh Semangat

oleh Roziyah pada 17 Dec 2010

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur akan menemui peminat-peminat buku di Malaysia.

Warga PTS kini semakin bersemangat mengatur persiapan bagi memeriahkan PBKKL yang pastinya dinantikan oleh ulat buku terutamanya peminat buku cilik.

Bermula daripada hiasan booth hinggalah kepada aktiviti bagi memberi hiburan kepada pengunjung yang hadir disediakan sebaik mungkin oleh warga kerja PTS.

Warga kerja PTS menyediakan booth yang menarik dan mampu memberi hiburan kepada pengunjung yang hadir. Pembaca cilik yang hadir dapat merasai kemeriahan dunia kanak-kanak apabila memasuki booth PBKKL PTS.

Bagi menceriakan lagi PBKKL kali ini, PTS juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang berlangsungnya PBKKL ini.
Warga PTS bergabung tenaga bagi merealisasikan aktiviti menarik sempena PBKKL khas buat kanak-kanak dan keluarga yang hadir di booth PTS sepanjang 22 hingga 26 Disember ini.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti Kuiz Bersama Penulis Teen, Perkenalkan Siri PELIT dan Sesi Bercerita Tentang Buku, Jqsaw Puzzle, dan banyak lagi.

Selain itu, pengunjung dapat beramah mesra dan bertemu dengan penulis kesayangan mereka antaranya Puan Ain Maisarah, Tuan Abdul Latip Talip, Chef Hanieliza dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan pelukis Komik-M turut turun padang bagi memeriahkan aktiviti bersama pengunjung yang hadir. Komik-M turut mengadakan aktiviti Melukis Komik Cara Moden kepada kanak-kanak yang berminat dalam lukisan komik.

Banyak lagi aktiviti menarik yang disediakan oleh warga PTS kepada semua pengunjung yang hadir. Jangan ketinggalan singgah dan menikmati keseronokan berada di booth PTS pada PBKKL ini.

Lebih menarik apabila PTS menawarkan diskaun hebat bagi semua buku-buku keluaran PTS.

PBKKL 2010 diadakan pada 22 hingga 26 Disember ini di PWTC. PTS bersedia menanti pengunjung-pengunjung yang hadir di di booth A49-A54 & A72 di PWTC.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025