Artikel

Mengurus Kanak-kanak Dyslexia

oleh Helmi pada 15 Jul 2004

Pendahuluan
Membaca adalah sebahagian daripada proses perhubungan. Ia juga adalah satu aktiviti yang melibatkan pembelajaran sistem lambang bagi menentukan sesuatu bentuk pengalaman, idea, emosi serta perkara-perkara lain yang terdapat dalam persekitaran. Tanpa penguasaan kemahiran ini, individu itu dianggap ketinggalan dalam pelbagai perkara yang berada di sekelilingnya. Dalam hal ini guru serta ibu bapa kanak-kanak ini memainkan peranan yang amat besar bagi membantu mengatasi keadaan ini.

Golongan bermasalah pembelajaran yang tidak dapat membaca masih ramai. Ini menggambarkan golongan ini masih tidak mampu menimba ilmu pengetahuan, terpaksa membaca bahan bacaan yang masih susah, masih belum menguasai kemahiran-kemahiran berbentuk mekanis dan kognitif seperti melihat, mengingat, mendengar, membezakan dan menyebut bunyi huruf, suku kata, perkataan, frasa ayat dan sebagainya sewaktu membaca dan tidak mampu memperluas pemikiran dan meningkatkan daya kreatif dalam pelbagai bidang. Keadaan ini tidak sewajarnya berlaku dalam proses pendidikan pada masa sekarang.

Apakah Dyslexia?
Kanak-kanak dyslexia adalah mereka yang tidak dapat membaca. Gagal membaca kerana mereka tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan. Dyslexia berasal daripada gabungan dua perkataan Yunani iaitu dys yang bermakna kesukaran ataupun kesusahan, dan lexis yang bermakna bahasa atau pertuturan. Jika digabungkan ia membawa erti kesusahan atau kesukaran dalam bahasa.

Ciri-ciri Dyslexia
Keliru dengan kedudukan arah huruf ataupun pembalikan huruf. Contoh, ‘b’ ditulis ‘d’, ‘g’ ditulis ‘p’ ataupun ‘n’ ditulis ‘u’. Oleh kerana kekeliruan itu, maka perkataan-perkataan yang ditulis pun berlainan dengan apa yang sepatutnya. Contoh, ‘bayi’ ditulis ‘dagi’,‘nasi’ ditulis ‘uasi’ ataupun ‘lagu ditulis ‘lapu’ dan sebagainya.

Kekeliruan susunan huruf. Ada kalanya huruf yang berada dalam satu-satu perkataan ditulis mengikut huruf yang salah, walaupun semua huruf pada perkataan itu wujud. Contoh, ‘dan’ ditulis ‘nad’, ‘pun’ ditulis ‘upn’ ataupun ‘air’ ditulis ‘ria’.

Menambah huruf misalnya, ‘main’ ditulis ‘maein’, ‘jaga’ ditulis ‘jagar’ ataupun ‘lari ditulis ‘lakri’.

Menggantikan huruf misalnya ‘saya’ ditulis ‘caya’, ‘sayur’ ditulis ‘cayur’ ataupun ‘api’ ditulis ‘cpi’.

Meninggalkan huruf misalnya, ‘makan’ ditulis ‘akan’, ‘sambal’ ditulis ‘samba’ ataupun ‘rambut’ ditulis ‘ambut’.

Keliru dengan bunyi huruf-huruf vokal seperti a, e, i, o, u. Oleh yang demikian ada kalanya ‘epal’ ditulis ‘apel’, ‘air’ ditulis ‘aer’ ataupun ‘cukur’ ditulis ‘cokor’.’

Menulis ejaan yang tidak bererti misalnya, ‘makan’ ditulis ‘midan’, ‘kaki’ ditulis ‘guril’ ataupun ‘buku’ ditulis ‘jukas’

Membalikkan suku kata misalnya, ‘masa’ ditulis ‘sama’, ‘madu’ ditulis ‘duma’ ataupun ‘bapa’ ditulis ‘paba’.

Tidak dapat menulis dan menyebut perkataan-perkataan yang mempunyai 3, 4 dan 5 suku kata. Misalnya, ‘kenapa’, ‘daripada’ ataupun peperiksaan’.

Sukar menyalin semula nombor-nombor. Misalnya, ‘6’ ditulis ‘9’ ataupun ‘10’ ditulis ‘01’.

Kemahiran Membaca
Dalam pendidikan khas, aspek bacaan paling diutamakan. Kemahiran ini ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti menulis dan mengira. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan sehari-hari, malah sistem per-sekolahan itu sendiri menganggapnya sebagai asas bagi seseorang itu terus meningkat dalam alam persekolahannya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Bagi memahami dan menguasai kemahiran membaca, disenaraikan di bawah enam peringkat sebagai panduan ibu bapa ataupun guru melatih kanak-kanak menguasai kemahiran itu iaitu:

Berkenalan dengan huruf konsonan dan vokal.

Membaca dan membunyikan dua suku kata dan ada baiknya dua suku kata itu diwarnakan.

Mengeja dan membaca dua suku kata terbuka.

Membaca gabungan huruf konsonan-vokal-konsonan (KVK).
Membaca perkataan yang sukar gabungan konsonan dan vokal.

Membaca karangan mudah.


Peringkat 1
Berkenalan dengan huruf konsonan
Bb Cc Dd Ff Gg Hh
Jj Kk Ll Mm Nn Pp
Qq Rr Ss Tt Vv Ww
Xx Yy Zz

Berkenalan dengan huruf vokal
Aa Ii Uu Ee Ee Oo

Huruf vokal
A sap A yam A pi

Huruf vokal
I kan I bu I tik

Huruf vokal
U lar U bi U bat

Huruf vokal
E mak E nam E mas

Huruf vokal
E kor E pal E la

Huruf vokal
O ren O bor O rang


Peringkat 2

Baca dan bunyikan
ba bi bu be be bo

bapa bina
buku bola

batu bubu besi biru
beri bisu baki bara
rabu sibu kubu tuba

ca ci cu ce ce co

cuka cucu
cuci ciku

ceri curi caca ceti
cuti cari cuba cini
kaca laci koci baca

da di du de de do

dada duku
dadu daki

didi dodo dali daku
dera debu deru duta
badi kedi kuda sida

ga gi gu ge ge go

gula guli
gigi guni

guna gesa gusi guru
gari gali gema geli
juga tugu ragu lega

ha hi hu he he ho

haji huma
hari hati

hadi hama huda hidu
haba hala hobi hawa
dahi paha tahi bahu

ja ji ju je je jo

jari jaga
jala jaja

jemu jauh jaki jela
jika jati jana jeli
keji keju gaji taji

ka ki ku ke ke ko

kaki kuku
kuda kera

keli kasi kali koko
kopi kati kasa kena
jika laki saku buku

la li lu le le lo

lada labu
lori lawa

lali laku lalu lili
lusa lara lupa lama
dulu kala kuli bela

ma mi mu me me mo

madu meja
mata masa

maha malu muda maya
maju mahu moga mami
hama kami puma demi

na ni nu ne ne no

nuri nasi
naga nona

nada nusa nama nabi
nafi nira nahu nini
hina kini bani sini

pa pi pu pe pe po

pasu paku
pipi peti

pari pada paha puji
pula popi pagi padi
lupa kopi sapa rupa

ra ri ru re re ro

roda roti
raja rabu

raya reda reda rupa
ragi rami ratu rela
beri kari kura duri

sa si su se se so

sudu saku
susu sari

sama sasa sapu seri
sara sapi seha sira
gusi masa pasu tisu

ta ti tu te te to

tali tugu
titi tari

tadi tepi tiru tika
tali tisu tawa tiba
kita pita kota buta

wa wi wu we we wo

wira wali
waja wawa

wari wafa wahi wadi
waba wazi waki wina
jiwa sewa jawi lawa


Peringkat 3

Eja dan baca
Baju Baha baru
Baha beli buku Bibi
Bibi baca buku bapa

Cici cari ceri
Cici curi ceri Cucu
Cucu curi ciku Cici
Dona ada duku
Duku Dona enak
Dona beri duku pada Dini

Gaga suka main guli
Guli Gaga guli baru
Gaga beri satu guli kepada Guna


Haji Hadi ada huma
Huma Haji Hadi ada padi
Hafi beli padi Haji Hadi

Jali ada jala
Jala Jali baru
Jali beli jala dari Jafa

Kadi kena kaca
Kaki Kadi luka
Emak sapu ubat pada kaki Kadi

Liza suka lari
Liza lari laju–laju
Liza suka hati

Mimi beli meja
Meja mimi meja biru
Mimi suka biru

Nani ada buku nota
Bapa beri buku nota
Nani suka hati
Papa beli lori
Papa beri lori pada Piah
Piah tak suka lori Papa

Razi suka makan roti
Emak suka buat roti
Razi makan roti hari rabu

Seri ada kain sari
Seri tak suka sari
Seri beri sari pada Soni

Tina naik titi
Tepi titi ada tugu
Tugu itu tugu lama

Wawa ada adik
Adik Wawa nama Wani
Adik Wawa Lawa

Peringkat 4

Membaca gabungan huruf
Konsonan-Vokal-Konsonan (KVK)
bab kub fab bob
gib web lob cop

sebab kebab rejab debab
karib ratib habib morib

Ayob
Ayob ada kawan
Kawan Ayob bernama Talib
Ayob suka Talib
Talib baik hati

kad mid jed kod
bad lad med pod

salad poskod masjid farid
hudud zamrud hasad samad

Yazid
Yazid pergi masjid
Yazid pergi dengan Majid
Majid kawan baik Yazid
Yazid suka pada Majid

bah sih duh teh
boh neh gah nah

abah putih aduh nanah
selekeh gagah zirafah marah

Kebun Hamdan
Hamdan ada kebun
Kebun Hamdan besar
Hamdan tanam pokok timun
Timun Hamdan besar dan cantik

bak dik duk tok
kek cik kok guk

ajak adik duduk bajak
kokok gemuk muzik masak

Momok
Adik ada seekor arnab
Arnab adik bernama Momok
Momok suka makan lobak
Adik beri Momok makan setiap hari

kal til mal pul
zal jul mel cil

takal hasil kerdil tombol
sampul kesal tebal katil

Sambal
Rizal makan nasi lemak
Nasi lemak ada sambal
Rizal makan banyak sambal
Rizal sakit perut makan sambal

yam pim zum sem
cum wam rom tim

ayam rejam harum siram
salam takzim alim kawan

Ayam Halim
Halim ada ayam
Ayam Halim tinggal dalam reban
Ayam Halim banyak telur
Halim jual telur ayam di pasar malam.

ban bun tan lin
pun kon wan ben

reban jubin rabun watan
pondok kantin lintah lagun

Kintan
Umur Kintan lapan tahun
Dia murid yang rajin dan pandai
Setiap tahun Kintan dapat nombor satu
Kintan ingin menjadi pensyarah.

lap tip sup mep
pop zip rap kop

malap kutip sirip hidup
lokap mirip cekup sudip

Pengakap
Ah Hap murid tahun empat
Dia seorang pengakap
Pakaian seragamnya lengkap
Dia bijak dan cekap

bar fer zar jir
mar lur nor ser

bocor sabar damar jujur
harta lumur sumber harga

Cikgu Sabar
Cikgu Sabar guru baru
Dia seorang guru besar
Dia mengajar di sekolah rendah
Dia gemar membaca surat khabar

bas cis jus dos
mes gas hos kes

kibas rebus kudis panas
mancis cantas kertas beras

Kapal kertas
Abas main kapal
Kapal itu daripada kertas
Abas buat banyak kapal kertas
Abas beri satu kepada Hanis

tat kit bot cat
set pot zat git

berat lebat herot jerat
kulit hambat lambat pukat

Pak Arsat
Pak Arsat ada dusun
Dusun Pak Arsat di Kampung Limbat
Dusun itu amat besar
Pak Arsat tanam rambutan dan durian

Peringkat 5
ang ing ung eng eng ong

lang ring pong leng
pung song ting rang

parang piring jagung
sombong kampung gulung


Lim Ping
Lim Ping memang sayangkan adik
Adik Lim Ping bernama Ling Ling
Ling Ling pun sayangkan Lim ping
nga ngi ngu nge nge ngo

bunga dungu wangi ngilu
singa pelangi telinga belanga

Tumingan
Tumingan menanam bunga kenanga
Bunga kenanga sungguh cantik dan wangi
nya nyi nyu nye nye nyo

punya penyu bunyi nyawa
nyala nyanyi nyamuk nyaman

Penyu
Penyu bertelur di pantai
Penyu bertelur semasa sunyi
Ramai orang suka menyanyi lagu penyu

au ai ua ui

pisau salai dua lalui
kalau julai tua rindui
silau balai juara buih
pulau tapai mentua kuih

Aloi
Aloi tinggal di Pekan Kulai
Dia menjual ikan salai
Ramai orang datang membelinya

sy kh

syarat khas
syarah khabar
syarikat khairat
syerif khurafat

Cikgu Syarifah
Cikgu Syarifah seorang guru
Dia mengajar di sekolah rendah
Cikgu Syarifah mengajar kanak-kanak Khas
Setiap hari dia mengajar dengan rajin

tr fr dr pr st sp

trampil frasa promosi proses
prihatin protokol prosedur draf
spora stesen stamina span

Peringkat 6

Eja dan baca cerita

Cerita 1

Keluarga Saya
Saya ada ayah. Ayah saya bernama Devan. Dia bekerja sebagai seorang jurutera. Saya ada emak. Emak saya bernama Pushpa. Dia seorang suri rumah. Emak saya sangat sayangkan saya.

Cerita 2

Gajah
Gajah tinggal di hutan. Badan gajah besar. Kulit gajah keras. Gajah ialah haiwan yang bijak. Gajah dapat berjalan jauh mencari makanan. Gajah tidak pernah sesat jalan. Gajah ada gading yang keras dan panjang.

Cerita 3

Banjir
Minggu lepas hari hujan. Banyak pokok tumbang. Selepas hujan reda, banjir pun datang. Penduduk-penduduk kampung dipindahkan ke tempat yang selamat.

Cerita 4

Kucing Saya
Saya ada seekor kucing. Nama kucing saya Tompok. Tompok sangat comel. Saya selalu bermain dengan tompok. Tompok suka bermain bola benang. Tompok makan nasi dengan ikan goreng setiap hari. Saya sangat sayangkan tompok.

Penutup
Sesuai dengan dekad ini yang dianggap sebagai dekad meningkatkan kebijaksanaan, maka kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran perlu ditingkatkan mengikut kemampuan mereka. Dalam usaha ini diha-rapkan segala faktor penghalang yang mungkin menjadi masalah kepada ibu bapa ataupun guru dapat diketahui dan diatasi supaya jumlah kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang tidak dapat membaca dikurangkan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024