Artikel

Menjadi Fasilitator yang baik

oleh Helmi pada 28 Aug 2004

Fasilitator yang baik boleh:

1. Membantu kumpulan mengadakan perbincangan secara terbuka dan mendalam bagi mendapatkan sesuatu keputusan.

2. Membantu kumpulan mengurus elemen dan sub-elemen dalam ‘The model For Successful Learning’. Fasilitator selalu menggunakan model ini sebagai rujukan mereka memahami apa yang perlu dilakukan oleh kumpulan semasa mahu mencari keputusan yang baik.

3. Membantu kumpulan mencapai matlamat menggunakan penilaian dan maklum balas bagi mengawasi bagaimana perbincangan dijalankan dan bagaimana memperbaikinya.

4. Menggunakan komunikasi yang berkesan dan membantu kumpulan memperbaikinya dengan menggunakan model-model komunikasi yang berkesan.

5. Hanya campur tangan dalam keadaan perlu, fungsi yang utama adalah memudah cara. Dalam kata lain, fasilitator membantu kumpulan menguruskan kumpulannya daripada segi potensi, persembahan atau kaedah interaksi mereka. Fungsi istimewa seseorang fasilitator itu adalah sebagai pencabar yang memberi cadangan kepada kumpulan dengan mencuba kebijaksanaan mereka bagi mencapai kejayaan dan dengan memberikan sepenuh tanggungjawab kepada peserta.

Fasilitator memberi bantuan kepada kumpulan peserta sehingga berjaya menyelesaikan masalah dengan memberikan cadangan. Fasilitator juga membantu kumpulan menggunakan alatan yang pelbagai bagi memperkayakan kaedah mencari jawapan kepada persoalan atau masalah maklumat serta membimbing membuat keputusan sehingga memahami cara menyelesaikan masalah secara kumpulan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024