Artikel
Menulis Perlukan Idealisme
oleh Roziyah pada 05 Jul 2010
Setiap bakal penulis yang mahu menghasilkan karya yang berkualiti dan mampu memberi kesan jangka panjang kepada pembaca harus mempunyai idealisme sendiri sebelum menghasilkan karya bagi tatapan pembaca.
Menurut Tuan Haji Fadzli Yusof, penceramah dan jurulatih profesional, penulis tidak harus menjadikan duit sebagai matlamat dalam menghasilkan karya.
Penulis katanya harus sedar yang duit hanyalah kayu ukur sahaja bagi mereka mencapai apa yang dikehendaki.
"Mereka perlu mencipta spritual yang kuat kerana ia akan memberi impak 20 tahun akan datang," kata Tuan Fadzli Yusof.
Penulis juga kata beliau memerlukan pelan operasi atau perancangan sebelum memulakan penulisan selain mempunyai idea dan pengetahuan yang baik dalam bidang yang ingin ditulis.
Bagi beliau, karya yang berkualiti tidak perlu dihasilkan dalam keadaan yang tergesa-gesa kerana apa yang penting dalam penulisan adalah keikhlasan serta kesungguhan.
Tuan Fadzli Yusof sebelum ini telah menghasilkan 30 judul buku berkaitan motivasi bina insan dan pembangunan diri.
Beberapa tajuk hasil tulisan beliau dan diterbitkan PTS juga menjadi 'bestseller' di pasaran.
Sepanjang penglibatan dalam bidang latihan, beliau mengendalikan banyak sesi yang melibatkan peserta daripada pelbagai latar, sama ada daripada sektor kerajaan, mahupun swasta.
Antaranya ialah seperti Petronas Methanol Sdn Bhd, Petronas Penapisan Sdn Bhd, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, fmBrunei Group, Permodalan Nasional Berhad, FELCRA, RISDA Plantation, RISDA Espek, INTAN, Puncak Niaga Holdings, Proton Berhad, RapidKL, Kementerian Pelajaran, Kementerian Dalam Negeri Brunei, UKM, UPM, UTHM, UIAM, UMP, dan banyak lagi.
Beliau merupakan Setiausaha Agung Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia / Trainer & Motivator Islam Nasional (TAMRIN) yang pertama (2009-2011).
Beliau juga sering dijemput oleh media untuk berkongsi tip dan hikmah dalam proses pembangunan insan dan binadiri. Antara penampilan beliau ialah sebagai penceramah Motivasi Pagi TV3, Motivasi Murid TV9, Wanita Hari Ini TV3, Astro AWANI, Segmen Remaja IKIM.fm, U Remaja TV1, Inspirasi Radio Nasional.fm, Selamat Pagi Malaysia (Siaran langsung), Stylo RTM, Keluarga Bahagia RTM , Anggun Bergaya RTM, Dian Ilmu RTM, Respon RTM, klip Motivasi Radio 24, klip Motivasi Radio Traxx.fm, dan banyak lagi.
Pembaca boleh melayari www.globalgenius.com.my bagi mengetahui lanjut mengenai Program Kuasa Sukses dan NLP dan www.rktraining.com.my bagi Program SuperStudy untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Tuan Fadzli.