Artikel
Selepas Saya Baca Buku Saiful Nang, Sebenarnya Dia Seorang Diktator!
oleh Huzaifah Abd Jamil pada 28 Sep 2016
Selain Adolf Hitler yang terkenal dengan sifat diktator, Saiful Nang juga adalah seorang diktator!
Jangan terekjut kenapa saya katakan begitu.
Baiklah. Sebelum saya mulakan cerita, ada baiknya untuk kita tahu serba sedikit tentang insan yang bernama Saiful Nang ini.
Lahir sebagai seorang anak Felda, beliau kini sedang melonjak naik dalam dunia fotografi. Wah, anak Felda ini memasang impian berada di muka hadapan majalah Forbes!
Kisah Orang Menang adalah buku pertama beliau yang terhasil pada tahun 2015. Saya berkesempatan membaca buku ini sebelum ini, dan baru sempat menulisnya sekarang.
Mengagumkan! Penulisan genre autobiografi ini jelas menunjukkan bagaimana seorang yang dilihat ‘kalah’ akhirnya mencapai ‘kemenangan’.
Tidak terhenti di situ, ‘orang menang’ ini berkongsi pula kisah kemenangannya bersama masyarakat apabila beliau jauh sekali untuk bongkak tapi turun ke anak-anak yatim dan mambantu secara langsung.
MENARIK: Bagaimana Model Perniagaan Wakaf Milik Saiful Nang Membantu Asnaf
Kembali kepada topik asal Saiful Nang adalah seorang diktator, saya bukan menghentam, tetapi tuan punya badan yang mengaku sendiri. Tak percaya? Sila baca terus dari buku Kisah Orang Menang muka surat 152.
MENARIK: 5 Bab yang Perlu Anda Tahu Dari Buku Kedua Saiful Nang
Biasalah, bila orang dah mula membina empayar sendiri akan ada makhluk-makhluk yang mahu menjahanamkan kita. Saiful Nang tulis dalam bukunya,
"Bila sekian lama tak kongsi hasil foto, dikata tiada job. Bila selalu buat workshop, dikata tiada sambutan."
Tapi, Saiful Nang buat apa?
JALAN SAHAJA TERUS KE HADAPAN!
Kalau Saiful Nang tidak bersifat diktator, tak mungkin kita kenal CandidSyndrome. Beliau tidak peduli apa orang kata. Prinsip beliau, biar orang mencemuh, yang penting kita tahu apa yang kita lakukan.
Sebagai diktator, apa yang menghalang perjalanan kita, perlu dicantas. Yang mahu bersama, kita bawa, yang perlahan kita tinggalkan, yang laju kita kejar.
MENARIK: Sempena #MyCyberSale2016 Bookcafe tawar buku sehingga 95%
Kuatkan tekad dan percaya pada diri sendiri. Satu hari nanti, orang akan lihat juga hasil kerja kita. Mengapa perlu takut? Nabi juga ada jutaan musuh, apatah lagi kita yang bukan Nabi.
Lebih besar pokok, lebih kuat ia bergoyang.