Artikel

Quraisy Berasa Tidak Senang akan Dakwah Muhammad

oleh [email protected] pada 18 Feb 2010

Orang Quraisy yang belum Islam semakin tidak senang. Mereka berjumpa Abu Ta;ib. “Anak saudara kamu menghina kami, menghina ayah-ayah kami, menghina datuk-datuk kami bahkan menghina tuhan-tuhan kami. Kami tidak dapat bersabar lagi, jangan biar akan berlaku fitnah antara kita Quraisy dengan suku Abdul Muttalib. Kamu perlu halang dia berdakwah.”

Abu Talib yang menyedari situasi itu akan menjurus kepada fitnah dan pergaduhan suku Quraisy dan Abdul Muttalib mengumpulkan suku Abdul Muttalib dan berucap kepada Muhammad bin Abdullah. “Wahai Muhammad, kaum kamu mengadu berhubung kamu, hal ini boleh membawa peperangan antara kita suku Abdul Muttalib dan Quraisy yang lain.”

Muhammad berkata kepada Abu Talib. “Wahai bapa saudaraku. Demi Tuhan kalau mereka meltakkan matahari pada sebelah tanganku dan bulan di sebelah kiri ku supaya aku meninggalkan dakwah ini, perjuangan ini, nescaya aku tidak akan tinggalkan sehingga Tuhan menangkan agama ini.”

Apabila Abu Talib melihat begitu tekad pendirian Muhammad, atas nama perkauman suku Abdul Muttalib, beliau berkata. “Jika begitu buatlah apa yang kamu mahu wahai Muhammad. Walau apa pun yang berlaku, kamu tetap dalam pembelaan suku Abdul Muttalib.”

Muhammad mengambil peluang itu lalu menyampaikan dakwah ke serata tempat. Tempat ada orang ramai sampai kepada suku-suku yang datang menunaikan haji.

Keadaan pihak Quraisy yang masih tidak senang hati itu mula tercabar. Mereka mula merancang menyusahkan Muhammad. Pelbagai tawaran diberi bagi menghentikan dakwah Rasulullah, segala tawaran itu boleh dibaca melalui buku Biografi Muhammad.

Kenali peribadi seorang nabi dan cabaran menyampaikan dakwah khusus untuk panduan dan tauladan ummah kini supaya terus meningkatkan syiar Islam. Layari http://www.pts.com.my/maulud.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025