Artikel

Pak Samad Mampu Tarik Pembaca Bukan Melayu

oleh Roziyah pada 02 Dec 2010

Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said atau lebih dikenali umum sebagai Pak Samad mampu menjadi ikon bagi menarik dan memperkenalkan buku berbahasa Melayu kepada pembaca bukan Melayu.

Menurut pengurus jabatan pemasaran, Puan Norhazizam, kajian pasaran yang dilakukan terhadap guru-guru dan ibu bapa Cina mendapati bahawa mereka mengenali Pak Samad.

Terbaru, wartawan daripada akhbar Sin Chew Jit Poh datang ke ibu pejabat PTS bagi menemuramah Pak Samad bagi dimuatkan dalam akhbar mereka.

Melalui temuramah ini, masyarakat Cina pastinya dapat mengenali Pak Samad secara dekat dan mendalam sekaligus memperkenalkan dunia sastera kepada masyarakat Cina.

Pak Samad bersama karya-karya beliau yang besar mampu mendekatkan masyarakat bukan Melayu kepada buku-buku penerbit Malaysia sekaligus menjalinkan hubungan kerjasama antara penerbit Melayu dengan penerbit bukan Melayu bagi menyemarakkan dunia penerbitan di Malaysia.

Sebagai maklumat, Pak Samad juga diangkat menjadi ikon PTS Fortuna apabila PTS Fortuna menjalankan kerjasama dengan Wira Bukit Sdn. Bhd bagi menerbitkan semula buku-buku Pak Samad. Buku-buku yang diterbitkan semula oleh PTS Fortuna juga akan dipromosikan ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia agar karya hebat sasterawan ini lebih dekat kepada pelajar sekolah.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025