Artikel

PTS Sediakan Kupon Diskaun di PBKKL 2010

oleh Roziyah pada 02 Dec 2010

PTS melalui jabatan pemasarannya telah mengeluarkan kupon diskaun sebanyak 25 peratus bagi semua buku di Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur (PBKKL) 2010 yang akan diadakan beberapa hari sahaja lagi.

Lebih menarik, PTS melakukan pembaharuan apabila memberikan kupon berbentuk Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada mereka yang mendaftar secara online.

Caranya mudah. Tuan dan puan dimohon klik di sini bagi mengisi ringkasan maklumat iaitu nama penuh, nombor telefon bimbit, jantina dan tahun kelahiran.

PTS akan menghantar SMS kupon diskaun ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan bermula 15 Disember 2010. Caj SMS juga akan ditanggung oleh PTS sendiri.

Tuan dan puan hanya perlu menunjukkan SMS kupon diskaun kepada juruwang semasa membuat bayaran di booth PTS sepanjang PBKKL nanti.

PBKKL yang diadakan di Dewan Tun Razak 3, PWTC pada 22 hingga 26 Disember 2010 ini menjanjikan kelainan kepada tuan puan yang hadir. Nantikan PBKKL pada 22 hingga 26 Disember ini
Tuan dan puan boleh klik di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai PTS di PBKKL 2010

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025