Artikel
PBAKL2020 X Shopee : PTS Merentasi Dunia E-Commerce Digital
oleh [email protected] pada 25 Jun 2020
Bermula dengan pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untuk penganjuran PBAKL2020, akhirnya PBAKL2020 kembali dengan nafas baharu di dunia digital.
Kobolorasi PBAKL2020 X Shopee dijangka hangat dengan 140 penjual buku berdaftar dan akan bermula pada hari Khamis, 25 Jun 2020. PBAKL X Shopee menawarkan lebih 30,000 judul buku dan pelbagai baucer digital untuk dimenangi oleh pembeli.
PTS akan terlibat melalui 3 channel utama sepanjang PBAKL2020 X Shopee. PTS menawarkan diskaun hebat untuk pembaca PTS yang rindu memegang buku terbitan kami sepanjang tempoh PKP.
“Pavilion PTS” akan diwakili oleh Kedai Shopee Rasmi seperti yang berikut ;
Kedai Rasmi PTS, fokus utama pada buku terbitan PTS.

Kedai Retail PTS, menjual buku-buku terbitan PTS dan juga buku dari penerbit lain.
Https://shopee.com.my/mybookcafe

Kedai Rasmi untuk KomikM.

Gabungan buku baharu dan buku evergreen PTS sedia menanti peminat-peminat PTS dan mudah dimiliki dengan sentuhan dihujung jari sahaja.
PBAKL2020 X Shopee akan berlangsung selama 2 minggu, bermula 25 Jun sehingga 8 Julai 2020.
#DudukRumahBacaBuku
#MalaysiaMembaca
#PBAKL2020
#KLIBF2020