Artikel

Peluang Umrah bersama Pak Latip

oleh Amirah Hassan pada 17 Jan 2013

Tokoh novelis sejarawan Islam tersohor PTS, Tuan Abdul Latip Talib dengan kerjasama PTS Litera Utama Sdn. Bhd menganjurkan peraduan khas yang membuka peluang kepada segenap lapisan masyarakat yang melakukan penghijrahan diri berinsipirasikan novel sejarah berpeluang memenangi hadiah lumayan berupa tajaan menunaikan ibadah umrah bersama-sama penulis ini.

Setiap peserta perlu mengulas novel sejarah karya Tuan Abdul Latip dan menghantar ulasan yang bertajuk ‘Kesan Selepas Membaca Novel Sejarah Islam ke Atas Diri Saya’. Panjang karangan tidak kurang daripada 250 patah perkataan. Setiap peserta perlu mempunyai koleksi novel sejarah Islam hasil nukilan penulis ini dan turut menyertakan gambar koleksi tersebut.

Selain itu, penyertaan ini terbuka kepada semua peminat-peminat novel sejarah Islam di Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei. Karangan ini akan disiarkan di wall Facebook Abdul Latip. Penyertaan jua terbuka kepada segenap lapisan umur dan bagi mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah wajib mendpatkan kebenaran daripada ibu dan bapa.

Cara bagi menyertai peraduan ini adalah dengan menyiarkan gambar dan karangan di laman Facebook beliau dengan carian; ‘Abdul Latip Talib | Penulis Novel Sejarah’. Tarikh tutup pertandingan adalah 25 Februari 2013. Dapatkan koleksi novel sejarah ini di kedai buku berhampiran ataupun beli dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe dengan layari www.pts.com.my/bookcafe.

#Temui kami di Booth PTS di Dewan Tun Razak 3, PWTC sempena Pesta Buku 1 Malaysia bermula 30 Januari hingga 3 Februari 2013 ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024