Artikel

PEM Anjur Bengkel Penyuntingan Dalam Talian

oleh Roziyah pada 02 Mar 2011

Persatuan Editor Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (JPMUM) akan mengadakan Bengkel Penyuntingan Dalam Talian pada 24 Mac ini.

Bengkel yang dikendalikan oleh ketua Editor Bahagian Multimedia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tuan Amran Joned ini menyentuh pelbagai perkara penting berkaitan bidang penyuntingan dalam talian.

Antara topik yang disentuh dalam bengkel ini termasuklah teknologi terkini dalam penyuntingan, menyunting naskah dengan MS Words, memahami pelbagai fungsi penyuntingan dalam talian dan banyak lagi.

Dapatkan maklumat lanjut dan borang pendaftaran bengkel dengan melayari http://ezaleila.wordpress.com.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024