Artikel
Penulis Jadi Jutawan Melalui Amazon Kindle
oleh Roziyah pada 02 Mar 2011
Era baru kini yang menjadi ketakutan kepada penerbit tradisional dengan kehadiran E-Book yang menjadi fenomena kepada penulis-penulis ketika ini.
Amanda Hocking, 26 tahun menjadi antara penulis indie best-seller yang menjual karyanya melalui Amazon Kindle. Tanpa perjanjian dengan mana-mana penerbit, beliau dapat mengaut keuntungan yang berganda hasil karyanya yang dijual di Kindle.
Menariknya, beliau yang dipetik dari http://www.businessinsider.com menjelaskan mampu menjual hampir 100,000 salinan karyanya melalui E-book dan meraih 70 peratus keuntungan hasil setiap jualan karyanya itu.
Sebelum ini, J. A Konrath menjadi antara penulis best-seller yang mencatat jualan tertinggi di Kindle. Namun, ada yang berpendapat beliau sudah mempunyai nama dan populariti melalui penerbit lain sebelum ini.
Hal ini berbeza dengan Hocking yang sebelum ini hanya menerbitkan karyanya melalui blog sebelum bertukar kepada kindle.
Kejayaan memasarkan karyanya dalam Amazon Kindle ini menjadi tuah kepada beliau apabila mampu membawa berjuta ringgit terus ke dalam akaun beliau.
Tanpa ada perjanjian dengan penerbit, tanpa kos printing, inventori dan kos-kos lain yang selama ini ditanggung penerbit, penulis dapat meraih keuntungan yang tinggi hasil jualan karya mereka.