Artikel

Tempoh Diskaun Kompaun Trafik Dilanjutkan

oleh Roziyah pada 02 Mar 2011

Tempoh diskaun bagi bayaran kompaun kesalahan trafik dilanjutkan sehingga 10 Mac ini.

Hal ini diumumkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudian Hussein kepada media sebentar tadi.

Sebelum ini, mereka yang mempunyai saman trafik dinasihatkan menjelaskan saman mereka dan mendapat 50 peratus diskaun sekiranya membayar sebelum atau pada 28 Februari 2011.

Sebanyak 5.5 juta saman trafik diselesaikan orang ramai dari Ogos tahun lalu, termasuk 1.5 juta pada minggu terakhir diskaun yang ditawarkan Polis Diraja Malaysia, berakhir 28 Februari lalu.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula merekodkan pembayaran sebanyak 52,919 saman sehingga 28 Februari lalu, kira-kira 11 peratus daripada keseluruhan 485,590 saman yang dikeluarkannya dari tahun 2000 hingga 2008.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024