Artikel

Pengantin Al-Quran @ PBAKL 2012

oleh [email protected] pada 05 Apr 2012

Terjah di pasaran! Buku Pengantin Al-Quran terbitan PTS Darul Furqan yang baru menerjah pasaran ini menceritakan perihal seseorang itu sebelum memasuki alam rumah tangga. Di huraikan dengan terperinci maksud perkahwinan dalam Islam, ia di lihat dapat membantu pembaca memahami dengan lebih jelas.

Perasaan cinta yang diwujudkan oleh Allah begitu hebat jika manusia dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Menurut pandangan Ibn Qayyim al-Jauziah, “Kerana cinta dan demi cinta langit dan bumi diciptakan, dan atas dasarnya makhluk diwujudkan, demi cinta seluruh planet beredar dan dengnnya juga semua pergerakan tiba di tujuannya serta bersambung awal dan akhirnya. Dengan cinta, semua jiwa meraih harapannya dan mendapat idamannya, serta terbebas daripada semua yang meresahkannya.” 

Perkahwinan merupakan fitrah kehidupan.  Setiap mahluk di muka bumi dijadikan berpasang-pasangan. Perkahwinan juga merupakan ibadah dan sunnah Rasulullah. Ini bertepatan dengan hadis yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim melalui Anas Bin Malik yang bermaksud, “Pernikahan adalah sunahku. Sesiapa yang tidak suka dengan cara hidupku, maka dia bukan daripadaku.

Buku karya Muhamad Quraish Shihab ini sesuai dijadikan panduan kepada pasangan yang sudah berkahwin dan mahu melangkah ke alam rumah tangga. Dipecahkan kepada beberapa tajuk yang berunsurkan nasihat, ianya dilihat mampu membina keluarga sakinah.

Sesuai dengan tajuknya, Pengantin Al-Quran, buku ini di garap dengan bahasa yang mudah difahami dan disertakan dengan nas-nas Al-Quran dan hadis. Klik imej buku di bawah bagi maklumat lanjut dan pembelian secara online. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024