Artikel

Pengiktirafan Buku Untuk Tujuan Kenaikan Pangkat.

oleh Helmi pada 11 May 2004

Pengiktirafan Buku Untuk Tujuan Kenaikan Pangkat.

Semenjak PTS mengadakan bengkel-bengkel penulisan dari kampus ke kampus, salah satu isu yang berkali-kali dibangkitkan oleh peserta ialah isu pengiktirafan buku yang diterbitkan untuk tujuan naik pangkat.

Semenjak PTS mengadakan bengkel-bengkel penulisan dari kampus ke kampus, salah satu isu yang berkali-kali dibangkitkan oleh peserta ialah isu pengiktirafan buku yang diterbitkan untuk tujuan naik pangkat.

PTS bertuah kerana sebagai sebuah penerbit buku-buku ilmu, kami mempunyai seorang penasihat kualiti buku yang berpengalaman menjadi Penilai kepada prestasi akademik calon-colon yang memohon kenaikan pangkat bagi jawatan Profesor Madya dan Profesor penuh di UM, UKM, UPM, USM, dan UiTM.

Berikut adalah maklumat yang beliau berikan kepada kami apabila beliau menjalankan tanggungjawab menilai sesebuah buku yang ditulis oleh calon kenaikan pangkat akademik.
(1) Apakah buku itu dapat dipertahankan integriti akademiknya?

Sebagai contoh buku itu tidak mengandungi bahan-bahan yang diplagiat, sumber petikannya disebutkan dengan tepat, rujukannya teratur dan lain-lain ciri akademik seperti itu.
(2) Apakah buku itu membantu meningkatkan mutu pengajaran subjek itu di universiti di mana calon itu mengajar?

Ciri ini menjadi dasar penerimaan bagi buku-buku yang ditulis sebagai rujukan asas bagi kuliah yang disampaikan oleh calon.
(3) Apakah buku itu mengandungi maklumat-maklumat baru dalam bidang ilmu itu?

Di sini apa yang dimaksudkan adalah, di dalam buku itu terkandung hasil kajian-kajian terbaru yang dijalankan oleh calon sendiri. Ciri inilah yang menjadi dasar penerimaan tesis MA dan PhD yang diterbitkan sebagai buku.

Berkenaan isu siapa yang menjadi penerbit buku itu, beliau memberitahu kami, yang diutamakan dalam penilaian akademik adalah ciri-ciri kandungan akademik dalam buku itu sendiri, bukan siapa penerbitnya. Buku-buku jenis “sprint print” yang diterbitkan oleh cawangan penerbit luar negara sekalipun tidak diiktiraf sebagai layak untuk tujuan naik pangkat.

Sukacita dimaklumkan, buku-buku ilmu yang diterbitkan oleh PTS diktiraf sebagai memenuhi ciri-ciri buku yang layak diberikan penilaian akademik bagi tujuan kenaikan pangkat.

Penulis PTS yang terbaru naik pangkat adalah Prof. Madya Dr. Saodah Wok dari Jabatan Komunikasi UIA, dengan bukunya “Komunikasi Organisasi” yang ditulis bersama dengan Dr. Narimah Ismail dari UPM. Buku beliau itu memenuhi ciri (1) dan (2) seperti di atas. Buku mereka yang kedua dengan PTS kini sedang dalam proses percetakan, dengan judul “Teori-Teori Komunikasi”.

Oleh Ainon Mohd

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024