Artikel

Sehari Bersama PTS di UIA

oleh Roziyah pada 02 Mar 2011

Warga kerja dan penulis PTS berbesar hati turun padang bagi bertemu dengan peminat buku di sekitar UIA sempena program Grand Books Sales@CELPAD.

Grand Books Sales@CELPAD membawakan bengkel penulisan bersama PTS bagi mendedahkan pengunjung kepada dunia buku yang sebenarnya.

Melalui bengkel ini, penulis dan warga kerja PTS turun padang bagi memberi pendedahan dan maklumat mengenai bidang penulisan dan penerbitan di Malaysia.

Aktiviti ini menampilkan Penulis Buku Remaja PTS, Puan Lily Haslina Nasir serta Penulis Novel Sejarah Islam, Tuan Zahiruddin Zabidi.

Lebih menarik, PTS juga membawakan editor PTS, Tuan Syarafuddin Sulaiman bagi memberi penerangan lengkap mengenai bidang penerbitan dan langkah menjadi penulis di PTS. Pengunjung juga berpeluang bertanyakan soalan kepada tetamu yang hadir dalam aktiviti ini.

Aktiviti yang dibahagikan kepada dua sesi ini mampu memberi pengetahuan kepada pengunjung mengenai bidang penerbitan dan penulisan di Malaysia.

Sesi pertama yang bermula pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari menampilkan Puan Lily Haslina Nasir yang membincangkan mengenai dunia penulisan kreatif.

Sesi kedua yang berlangsung dari jam 2 petang hingga 5 petang pula membawakan Penulis Novel Sejarah Islam, Tuan Zahiruddin Zabidi serta Editor PTS, Tuan Syarafuddin Sulaiman yang menjelaskan perihal dunia penulisan dan penerbitan.

Jangan ketinggalan bersama-sama memeriahkan bengkel yang diadakan di Tingkat Tiga, Bilik Seminar, Kuliyyah Ekonomi, UIA, Gombak.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025