Artikel

Penulis PTS Turun Padang: Temui Peminat di Perak dan Kedah

oleh Roziyah pada 15 Dec 2011

PTS bersama penulisnya turun padang bagi memeriahkan hujung minggu tuan dan puan seisi keluarga. Peminat buku di sekitar kedah dan Perak berpeluang bertemu dan beramah mesra selain memenangi hadiah menarik daripada PTS dalam program yang disediakan.

PTS membawakan penulis buku masakan terkenal, Chef Hanieliza bagi bertemu peminatnya di sekitar Kedah. Program demo masakan bersama Chef Hanieliza ini pastinya memberi keceriaan kepada tuan dan puan seisi keluarga. Temui beliau di City Plaza Alor Setar, Kedah pada 17 Disember ini bermula dari jam 12 hingga 2 petang.

Turut memeriahkan City Plaza, Alor Setar, Kedah adalah penulis buku remaja dan kanak-kanak yang dikenali ramai. Penulis buku Young Aisyah The Series, Saridah Hamid & Reja, penulis buku Dear Yayah The Comics, Farihah Iskandar dan buku Akukah Puteri Itu, Lily Haslina Nasir akan menemui tuan dan puan di City Plaza pada 17 Disember ini bermula dari jam 2 hingga 4 petang.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuklah permainan interaktif, sesi bicara buku, dan ramah mesra bersama penulis PTS. Tuan dan puan juga berpeluang memenangi hadiah menarik daripada PTS.

Bagi peminat buku di Perak pula, penulis PTS akan turun padang di Ipoh Parade, Perak pada 17 Disember ini bersama dengan tuan Zamri Mohamad, Tuan Imran Yusuf dan Tuan Shamsuddin Kadir. Program yang berlangsung dari jam 12 tengah hari ini membawakan Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Imran Yusuf bagi membicarakan buku Cinta: Meraikan Kasih di Langit Syurga.

Tuan Shamsuddin Kadir pula akan berbicara mengenai buku Kaya dengan Rumah, Buat Duit dengan Rumah, Hidup Tenang Walau Berhutang dan Makan Gaji Tetapi Kaya. Pelbagai hadiah menarik juga disediakan kepada pengunjung yang hadir.

Raikan hujung minggu bersama PTS dengan pelbagai aktiviti menarik daripada PTS. Layari www.pts.com.my/aktiviti bagi mendapatkan maklumat lanjut program.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024