Artikel

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Chicken Soup for the Soul - Berfikir Positif

oleh Hairul Faizal Adli pada 08 Mar 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kini kembali dengan tema Buku Menjana Kepintaran Kreatif bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC pada 26 April hingga 5 Mei 2013. Dengan slogan “Kita pasti Datang @PTS” bakal menarik ramai pengunjung ke Arena Buku PTS.

PTS menyediakan pelbagai buku menarik antaranya adalah Chicken Soup for the Soul – Berfikiran Positif. Chicken Soup for the Soul adalah santapan jiwa yang sungguh lazat dan berkhasiat. Ia mampu menyebabkan kita tersenyum, ketawa, dan menangis membacanya.

Himpunan 101 cerita pendek dalam buku ini adalah campuran resepi kebahagiaan yang terbaik di seluruh dunia. Cerita-ceritanya membangkitkan emosi, menyemarakkan motivasi, dan menimbulkan inspirasi hidup.

Ceritanya dihimpun daripada pelbagai individu berlainan di seluruh dunia. Mereka hanyalah insan biasa, namun telah melalui pengalaman yang luar biasa.

Sedahsyat mana pun cabaran hidup mereka, mereka tetap menemui hikmah dan kebahagiaan di sebaliknya.

Setiap cerita mereka ada keistimewaan yang tersendiri. 101 cerita ini berbeza tetapi ada tujuan yang sama, iaitu membahagiakan hidup kita.

Setiap hari adalah sebuah keajaiban dan kegembiraan ada di mana-mana. Sekiranya kita masih kabur, carilah mutiara gembira dalam himpunan cerita ini. Satu daripada cerita ini mungkin betul-betul sedang ataupun pernah dialami oleh kita.

Cerita di dalam buku ini memberi inspirasi kepada kita untuk meneruskan hidup dengan lebih bersemangat.

Mari datang beramai-ramai ke PBAKL 2013. Jangan lupa mengunjungi Arena Buku PTS dan mendapatkan buku-buku menarik yang disediakan.

Anda juga boleh mendapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024