Artikel

Portal Rasmi PTS Kini Berwajah Baharu

oleh Hidaya Arshad pada 06 Jan 2020

Selamat datang ke portal PTS yang diberi nafas baharu sempena bermulanya tahun 2020. Sukacita juga ingin kami maklumkan, tahun ini juga PTS menyambut ulangtahun ke-20 sejak ditubuhkan pada April 2000.

Portal PTS yang berwajah baharu ini menampilkan beberapa perubahan dari segi kekemasan dan susun atur. Ia direka bagi memudahkan pengunjung mencari maklumat buku atau lain-lain perkara berkenaan PTS.

Kepada pengguna telefon pintar, menu utama portal terdapat pada ikon menu di sebelah kiri atas paparan utama. Di situ, anda dapat melihat menu berkaitan katalog buku, berita, senarai penulis, dan maklumat berkaitan PTS.

Di bahagian paparan utama portal, kami meletakkan senarai buku terbaharu dan akan terbit. Di bahagian bawah pula, kami menyenaraikan senarai buku terlaris tahun 2019, senarai buku dalam versi e-book, senarai imprint di bawah PTS, berita dan artikel, dan maklumat-maklumat PTS beserta pautan media sosial PTS.

Kami masih dalam usaha menjadikan portal PTS lebih mesra pengguna baik untuk pengguna desktop mahupun telefon pintar. Jika terdapat sebarang kekurangan atau kesulitan ketika anda melayari portal kami, boleh tinggalkan komen di media sosial kami seperti di Facebook, Instagram atau Twitter.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024