Artikel

Kritis, Cinta dan Agama: Hamka Merealisasikan Makna Di Sebaliknya

oleh Aisha Nizam pada 10 Apr 2023

Buya Hamka. Seorang penulis yang menghidupkan jiwa ulamanya dalam dunia penulisan. Seorang sasterawan yang bukan hanya berkarya atas dorongan estetika semata-mata tetapi hasil-hasil karya beliau mampu membawa kita ke satu pendepanan perspektif yang baharu.

Seorang ulama yang pandai menyelitkan unsur-unsur Islam dengan menggunakan pemikiran dan seni falsafah barat ke dalamnya, untuk mengajar masyarakat berfikiran lebih terbuka dan rasional.

Hasil karya beliau sama ada fiksyen ataupun bukan fiksyen, menghidupkan makna di sebalik cerita dan isi yang menyentuh jiwa pembaca. Tahun 2023 ini, PTS Media Group datangkan karya Hamka berwajah baharu yang lebih dekat dengan jiwa ‘moden’ masa kini.

Sempena Kempen Hamka: Islam Citra Nusantara, kami bawakan penanda buku eksklusif percuma dengan setiap pembelian buku Hamka. Terdapat 3 desain istimewa yang diambil daripada kata-kata dalam buku Hamka. Dapatkan buku-buku Hamka berwajah baharu di kedai-kedai buku berhampiran anda dan kumpulkan ketiga-tiga desain penanda buku.


Bagi anda yang membeli dalam talian pula, terdapat pelbagai tawaran diskaun untuk dinikmati. Selain daripada penanda buku percuma, sebanyak 10% diskaun boleh anda dapati untuk kesemua tajuk buku Hamka. Bagi yang mahu membeli secara kombo, terdapat 15% diskaun untuk kombo Fiksyen Edisi 2023 dan 15% untuk Kombo Bukan Fiksyen Edisi 2023.

Mahu membeli kesemua 11 judul Hamka? Anda akan dapat diskaun 20% dengan pembelian 11 judul edisi 2023 ini. Tawaran yang kami berikan ini terhad dalam talian sahaja di bookcafe.com.my, Shopee BukuPTS, Kedai Borong PTS dan Kedai Buku PTS. Kempen Promosi Hamka: Islam Citra Nusantara ini akan berlangsung bermula 3 April sehingga 30 April 2023 secara dalam talian dan 10 sehingga 30 April 2023 di kedai-kedai buku seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari pts.com.my/hamka.

Hidupkan jiwa Ramadan anda dengan menghayati karya-karya Hamka dan dapatkan tawaran istimewa ini selagi masih ada.

Penanda Buku HAMKA 2023
Penanda Buku HAMKA 2023

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024