Artikel

PTS di Booth C11-C25, Dewan Tun Razak 2 (Seberang Sungai) PWTC

oleh Helmi pada 25 Feb 2010

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, booth PTS kali ini terletak betul-betul di pintu masuk ke Dewan Tun Razak 2 (TR2). Dewan ini terletak di seberang sungai PWTC. Jika anda masih ingat, tahun 2008, booth PTS berada di dewan yang sama. Ketika itu PTS hanya menyewa 8 booth. Kali ini, PTS sewa 15 booth. Matlamat kami hendak memastikan pengunjung booth PTS selesa semasa memilih dan membeli buku. Bagi anda yang tidak mahu berjalan jauh untuk datang ke booth PTS, anda sebenarnya boleh ikut jalan pintas untuk ke TR2. Anda tidak perlu masuk melalui pintu utama PWTC yang terletak berhadapan Hentian Putra. Sebaliknya, anda boleh datang dan letak kereta di bangunan PERKIM ataupun sekitar bangunan itu.

Bagi anda yang tidak tahu, bangunan PERKIM terletak di antara jalan Ipoh dan Jalan Tun Razak (lihat peta di bawah).

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025