Artikel

PTS Sewa 15 Booth di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

oleh [email protected] pada 25 Feb 2010

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL 2010), PTS menyewa 15 booth yang terletak di Dewan Tun Razak 2 (TR2) - Dewan Seberang Sungai, PWTC. Jumlah booth ini bertambah sebanyak 8 booth jika dibandingkan tahun lepas hanya 7 booth.

Dengan bertambahnya bilangan booth, lebih banyak buku PTS dapat dipamerkan di pesta buku kali ini. Selain itu, PTS turut menyediakan booth khas bagi aktiviti penulis PTS, booth khas tempat pembeli membuat bayaran dan booth untuk mempamer merchandise PTS. PTS akan pastikan para pengunjung dan pembeli di booth PTS tahun ini dapat memilih dan membayar dengan lebih selesa.

Berikut ringkasan booth PTS dan pelan lantai booth PTS  

8 booth - pameran buku 
2 booth - aktiviti PTS 
3 booth - kaunter bayaran 
1 booth - stor buku 
1 booth - merchandise PTS

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025