Artikel

PTS Fortuna Tampilkan Novel Adi Gempa dan Takluk Jagat dengan Wajah Baru

oleh Roziyah pada 21 Oct 2010

Novel Adi Gempa dan Takluk Jagat akan berwajah baru khas untuk peminat-peminat buku terbitan PTS Fortuna sdn bhd.

Pengurus Penerbitan PTS Fortuna, Tuan Faizal Mukhtar berkata, pakej semula ini sebagai hadiah kepada semua pengikut setia PTS Fortuna disamping menarik mencuit hati pembaca baru.

"Dalam penerbitan, kita perlu melihat dari kulit luar dahulu kerana melalui kulit ia mampu menarik minat pembaca untuk membaca isi cerita," jelas Tuan Faizal.

Pekej semula Novel Adi Gempa dan Takluk Jagat kali ini akan menampilkan ilustrasi yang lebih sesuai dengan isi cerita dan mampu dipegang pembaca lelaki.

"Pekej semula Novel Adi Gempa dan Takluk Jagat ini khas untuk peminat-peminat sempena Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur yang akan diadakan pada Disember ini," kata Tuan Faizal penuh semangat.

PTS sentiasa menghasilkan ilustrasi yang menarik bagi setiap buku-buku yang diterbitkan bagi memberi kelainan kepada buku yang dibaca.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025