Artikel

PTS Meraikan Tradisi Baca Buku Semasa Syawal

oleh [email protected] pada 16 Sep 2009

Ummat Islam akan menyambut kemenangan berjuang nafsu dan meraih anugerah Ramadan dengan hadirnya Syawal yang penuh keriangan. Ramadan dirindui, Syawal dirai. Khalayak pasti tahu industri hiburan galak menerbitkan pelbagai drama, filem dan rancangan-rancangan berkaitan dan Raya ataupun bagi merai Raya.

Industri buku juga mahu memupuk budaya membaca semasa Syawal. Boleh kah baca buku masa Syawal. Balik kampung sudah banyak barang dibawa. Sampai kampung, pelbagai kerja menyambut raya tersedia bagi dilakukan. Namun pasti akan ada masanya apabila kita pandai memperuntukkannya.

Doa Insan Berkasih adalah antara novel yang akan dijual pada 1 Syawal ini. Syawal akan lebih bermakna apabila kita juga mengisi masa lapang, mungkin semasa menunggu tetamu datang rumah, menunggu bas balik kampung, dalam kereta api, semasa berehat di RnR dan di mana-mana sahaja.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025