Artikel

PTS Sediakan Aktiviti Menarik Sepanjang PBKKL

oleh Roziyah pada 06 Dec 2010

Bagi menceriakan Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010, PTS menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang berlangsungnya PBKKL ini.

Warga PTS bergabung tenaga bagi merealisasikan aktiviti menarik sempena PBKKL khas buat kanak-kanak dan keluarga yang hadir di booth PTS sepanjang 22 hingga 26 Disember ini.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti Kuiz Bersama Penulis Teen, Perkenalkan Siri PELIT dan Sesi Bercerita Tentang Buku, Jqsaw Puzzle, dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan pelukis Komik-M turut turun padang bagi memeriahkan aktiviti bersama pengunjung yang hadir. Komik-M turut mengadakan aktiviti Melukis Komik Cara Moden kepada kanak-kanak yang berminat dalam lukisan komik.

Banyak lagi aktiviti menarik yang disediakan oleh warga PTS kepada semua pengunjung yang hadir. Jangan ketinggalan singgah dan menikmati keseronokan berada di booth PTS pada PBKKL ini.

PBKKL 2010 yang diadakan pada 22 hingga 26 Disember ini di PWTC. PTS bersedia menanti pengunjung-pengunjung yang hadir di di booth A49-A54 & A72 di PWTC.

Jangan ketinggalan mendapatkan diskaun sehingga 25% bagi buku-buku PTS dengan mendaftar di sini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025